Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bernama: Pemuda PAS tidak iring pelajar
Diterbitkan:  May 1, 2008 1:30 PM
Dikemaskini: 2:42 PM

Ketua Pemuda PAS Johor tidak mengiringi seorang pelajar menyerah diri kepada polis berhubung siasatan kes ugutan bunuh terhadap pengerusi DAP Karpal Singh, jelas agensi berita nasional Bernama hari ini.

Awal minggu ini, Khairul Faizi Ahmad Kamil termasuk antara empat pemimpin Pemuda PAS negeri yang dilaporkan oleh agensi berita itu turut serta ke ibu pejabat polis daerah Johor Bahru selatan untuk tujuan tersebut.

dap karpal singh Bernama juga mengakui kesilapan laporannya pada 28 April lalu berhubung penglibatan Pemuda PAS Johor.

"Kesilapan itu adalah dikesali," kenyataan ralat agensi itu dipetik.

Pembetulan itu diterbitkan tengah hari ini selepas sayap PAS itu semalam menuntut agensi berita menjelaskan kekeliruan tersebut dan memohon maaf kepada Khairul Faizi.

Pemuda PAS negeri mengancam untuk mengambil tindakan saman terhadap agensi berita itu jika "permohonan maaf dan penjelasan secara terbuka tidak dilakukan dalam tempoh tujuh hari" mulai semalam.

"Setelah berita ini disiarkan, saya telah mendapat kritikan daripada beberapa pihak terhadap tindakan saya kerana (disalahanggap) telah mengiringi pelajar tersebut ke balai polis sedangkan perkara tersebut tidak ada kaitannya secara langsung dengan saya dan Pemuda PAS Johor," kata Khairul Faizi.

Dalam laporan awalnya, pelajar kolej berumur 19 tahun menyerah diri kepada polis bagi siasatan kes ugut Karpal, yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor, yang dimuatkan dalam tulisan di laman web PAS Johor.

Remaja itu yang dilaporkan diiringi bapanya tiba di balai polis Johor Bahru selatan pada pukul 1 tengah hari.

ADS