Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mengapa perlukan lagi permit akhbar...
Diterbitkan:  May 3, 2008 6:24 PM
Dikemaskini: 10:28 AM

Sekiranya tiada permit diperlukan untuk memulakan blog atau lamanweb, maka persoalan yang perlu diberi perhatian ialah mengapa permit mencetak akhbar masih diperlukan di Malaysia, kata presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting.

ong ka ting 040108 Bekas menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu menegaskan bahawa kebebasan akhbar amat penting dalam demokrasi.

Tidak kira apa juga peranan dan medium tempat mereka bekerja, katanya, MCA percaya para wartawan adalah komited kepada kebebasan akhbar.

Ong menegaskan demikian dalam satu kenyataan sempena hari kebebasan akhbar sedunia hari ini.

Katanya, MCA menyokong cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar untuk menyemak semula peruntukan membaharui permit akhbar setiap tahun

Ong berkata, undang-undang yang ada sudah mencukupi untuk mengawalselia media cetak.

Oleh itu, katanya, langkah menyemak semula keperluan membaharui permit setiap tahun, pastinya mencerminkan komitmen kerajaan terhadap kebebasan akhbar di negara ini.

Beliau juga mengucap terima kasih kepada pihak media kerana turut memainkan peranan dalam pembangunan negara.

Katanya, pembaharuan undang-undang yang berterusan adalah penting bagi media cetak untuk terus kekal relevan dan berdepan saingan dari dunia internet.

Jika tiada permit diperlukan untuk memulakan blog atau lamanweb, Ong berkata, persoalan yang perlu diberi perhatian ialah mengapa permit mencetak akhbar masih diperlukan di Malaysia.

ADS