Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sambil membawa lilin, kira-kira 1,000 rakyat Malaysia dari semua peringkat umur dan latarbelakang, berjalan sejauh kira-kira empat kilometer dan memgadakan upacara membantah ISA di luar Kem Tahanan Kamunting di Taiping, Perak malam tadi.

gmi anti isa candle light vigil protest kamunting 070608 08 Dalam perhimpunan terbesar pernah dianjurkan oleh Gerakan mansuhkan ISA (GMI), mereka membawa kain rentang dan mendesak kerajaan memansuhkan segera undang-undang kejam, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan membebaskan semua tahanan di situ.

Pasukan polis pencegah rusuhan hadir memantau keadaan dan perjalanan lalulintas juga tidak terganggu.

Polis mengadakan beberapa sekatan jalanraya untuk memeriksa kenderaan antara tol plaza Lebuhraya Utara-Selatan di Kamunting dan Changkat Jering, dan sehingga ke kem tahanan tersebut.

Bagaimanapun, ia tidak menjejas dan menghalang orang ramai untuk ke kem tersebut, dengan menaiki kereta, bas, motosikal dan ada yang berjalan kaki.

Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh mengetuai perarakan tersebut yang disertai golongan dewasa hingga kepada kanak-kanak, mulai jam 8 malam, dari SM Teknik Taiping yang terletak berhampiran kem tersebut.

gmi anti isa candle light vigil protest kamunting 070608 06 Dengan menggunakan pembesar suara, beliau berucap mengecam ISA sebagai undang-undang yang kejam, yang menafikan hak-hak asasi rakyat Malaysia untuk mempertahankan diri di mahkamah.

Perhimpunan malam tadi, tegasnya, adalah untuk menghantar mesej bahasa ISA merupakan satu bab kegelapan dalam sistem keadilan negara.

Menurutnya, ISA adalah undang-undang yang tidak berperi kemanusiaan.

Oleh itu, katanya, ISA mesti dimansuhkan dan semua tahanan dibebaskan dan Kem Tahanan Kamunting ditutup.

Disokong k'jaan negeri

Pada masa ini, Kem Tahanan Kamunting dilapor menempatkan 70 tahanan, sebahagiannya ditahan sejak lebih enam tahun yang lalu, manakala sesetengah daripada mereka tidak diberi rawatan kemudahan yang sempurna.

gmi anti isa candle light vigil protest kamunting 070608 02 Antara yang ditahan di situ ialah lima pemimpin Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) dan mereka yang didakwa menganggotai Kumpulan Jemaah Islamiah (JI).

Mat Sab Mat Satray, 45, Suami kepada Pengarah kempen GMI, Norlaila Othman, adalah mereka yang didakwa menjadi anggota JI dan telah ditahan di kem tersebut sejak enam tahun yang lalu.

Norlaila menceritakan kepada pada hadirin usahanya untuk membebaskan suaminya melalui proses undang-undang, tetapi menemui kegagalan.

gmi anti isa candle light vigil protest kamunting 070608 09 Kini, katanya, satu-satunya pilihan yang ada pada dirinya dan para isteri tahanan yang lain, ialah dengan menyertai gerakan anti-ISA.

ISA diperkenalkan pada zaman penjajah untuk menangani ancaman pengganas komunis ketika itu.

Perhimpunan malam tadi dianjurkan oleh GMI Perak dengan kerjasama GMI nasional. Difahamkan perhimpunan tersebut turut mendapat restu kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan Selangor.

Malah, kerajaan Selangor telah membiayai sebuah bas yang membawa aktivis anti-ISA untuk menyertai perhimpunan tersebut.

gmi anti isa candle light vigil protest kamunting 070608 01 Antara mereka yang hadir ialah Pengerusi GMI Perak, Megat Shariffudin; Setiausahanya, R Suguna; aktivis sosial dari Pulau Pinang, BK Ong; K stanley Sudhagaram dari Pejabat bagi Pembangunan Manusia, Pulau Pinang; Lau Shu Shi dari Suaram dan Darshan singh Khaira yang merupakan peguam bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng.

Ahli jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam - Darawaheda Rufin dan siti Kassim turut hadir sebagai pemerhati.

Polis bertolak ansur

Sebelum itu, sewaktu tiba di kem tersebut, syed Ibrahim disambut oleh Exco Kerajaan Negeri Perak yang juga pengerusi DAP negeri itu, Datuk Ngeh Koo Kam, yang mewakili kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

gmi anti isa candle light vigil protest kamunting 070608 03 Ngeh menasihatkan pengerusi GMI itu supaya mengadakan perhimpunan kira-kira 20 meter dari pintu masuk ke kem tahanan tersebut, sepertimana yang diarahkan oleh Ketua Polis Taiping, Raja Musa Raja Razak, yang mengetuai pasukan polis yang berkawal di situ.

Sebelum itu, Raja Musa telah mendapatkan bantuan Ngeh untuk menyurai perhimpunan yang diadakan tanpa permit polis seperti yang disyaratkan di bahawa Akta Polis 1976.

Beliau juga tidak menerima hujah Ngeh bahawa ianya adalah satu perhimpunan yang diadakan secara aman dan berkata beliau akan menguatkuasa undang-undang.

gmi anti isa candle light vigil protest kamunting 070608 07 Bagaimanapun, selepas dipujuk, Raja Muda bersetuju membenarkan perhimpunan diadakan untuk seketika sahaja.

Beberapa aktivis yang hadir, menolak kenyataan Raja Musa bahawa ia adalah perhimpunan haram, dan berkata, keperluan permit polis adalah perkara teknikal sahaja.

GMI merancang untuk menganjurkan lebih banyak perhimpunan seumpama itu dengan kerjasama pertubuhan-pertubuhan lain untuk terus mendesak kerajaan supaya mansuhkan ISA.

Perhimpunan malam tadi berakhir secara aman pada jam 9 malam dan para peserta memacak lilin di sepanjang jalan.

ADS