Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Minyak: Rakyat marah, ragui k'jaan
Diterbitkan:  Jun 13, 2008 4:07 PM
Dikemaskini: 10:28 AM

Tinjauan Gerakan mendedahkan orang ramai masih marah dan ragu-ragu terhadap kerajaan walaupun telah seminggu pengumuman kenaikan mendadak harga minyak dan beberapa langkah susulan, kata Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Pemangku presiden parti itu menambah, langkah-langkah mengawal kesan buruk kenaikan itu tidak memadai tanpa usaha kerajaan segera menutup "jurang kredibiliti" yang mendorong orang ramai terus-menerus mempertikai.

"Selain mengambil langkah menyerap kesan besar kenaikan tiba-tiba harga minyak, kerajaan persekutuan seharusnya segera mendekatknya jurang kredibiliti yang terus-menerus mencipta tanggapan dan reaksi negatif (terhadapnya)," kata Koh dalam satu kenyataan.

petrol price hike proyest kg baru sogo 130608 03 "Daripada maklum balas yang kami terima, seminggu selepas kenaikan harga minyak, walaupun kerajaan membuat bermacam-macam pengumuman (mengawalnya), anggota masyarakat masih berasa tidak gembira dan ragu-ragu pada kerajaan."

Sementara itu, kira-kira 2,000 penyokong pergerakan Pemuda Pakatan Rakyat menyertai demonstrasi hari ini (foto atas) dalam satu perarakan terbesar sejak pengumuman kerajaan Rabu minggu lepas.

Mereka bergerak dari masjid Kampung Baru ke Kompleks Pertama setelah gagal berarak ke Suria KLCC, seperti dirancang.

Dalam tempoh seminggu kenaikan harga itu, beberapa demonstrasi kecil pernah diadakan di beberapa lokasi seluruh negara, antaranya di Kuching, Ipoh, Sungai Petani, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Satu lagi kumpulan Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) merancang menganjurkan 'Perhimpunan Aman Protes Sejuta Rakyat' pada petang 5 Julai di KLCC.

ADS