Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Penantian orang ramai di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) untuk menyertai demonstrasi membantah kenaikan harga minyak ibarat "menunggu buah yang tidak gugur".

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 klcc backgruond 2 Mulai selepas solat Jumaat pukul 2 petang, lebih 100 orang menunggu sehingga hampir dua jam kemudian ketibaan kumpulan 2,000 penyokong Pakatan Rakyat yang dijadual berarak dari masjid Kampung Baru (foto kanan) .

Bagaimanapun polis yang mengadakan sekatan di simpang Jalan Raja Abdullah-Jalan Raja Alang ke Jalan Sultan Ismail menyebabkan kumpulan penunjuk perasaan ini beralih ke arah Kompleks Pertama.

Mulai pukul 2.15 petang, pengawal keselamatan Suria KLCC memasang pagar besi di depan pintu masuk utama bangunan itu sebagai langkah berjaga-jaga berdepan dengan serbuan kumpulan pembantah kenaikan mendadak harga minyak yang diumumkan minggu lepas.

Kira-kira 50 orang berlegar-legar menunggu di situ dan mula menyulitkan pengunjung keluar-masuk pusat membeli-belah terkemuka itu.

Jalan masuk kenderaan di depan pintu utama turut ditutup.

Lebih kurang 30 anggota polis berpakaian seragam kelihatan di kaki bangunan Maxis, di sebelah Menara Berkembar Kuala Lumpur, dan jalan masuk ke KLCC dari arah Ampang bagi mengawal sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Seorang daripada kumpulan pegawai polis mengarahkan orang ramai yang berkumpul supaya bersurai kerana kumpulan 2,000 orang telah beralih arah dan tidak akan sampai di situ seperti dijadualkan.

"Sila beri kerjasama untuk bersurai. Kamu dah lama tunggu dan mereka tidak akan ke sini," katanya kepada mereka selepas hampir sejam menunggu.

Beberapa individu, termasuk pelancong, kelihatan tertanya-tanya apa yang sedang berlaku di situ.

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 fru leaving klcc Kurang 10 anggota polis berpakaian biasa berjaket kuning berdiri tidak jauh dari pintu masuk Suria KLCC, berdekatan perhentian bas. Mereka kelihatan berbincang sesama sendiri.

Empat buah trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) kelihatan meninggalkan kawasan (foto atas) tempat letak kenderaan KLCC menuju ke arah Jalan Sultan Ismail menjelang jam 3 petang setelah menunggu sejak pagi.

Walaupun keadaan di depan pintu KLCC itu terkawal, kelihatan dua trak polis yang membawa kurang 20 anggota berhenti di lorong masuk kenderaan, bersebelahan jalan masuk kenderaan di depan pintu utama kompleks membeli-belah.

Bagaimanapun tiada sebarang demonstrasi dan kejadian tidak diingini berlaku di situ sehingga jam 3.45 petang.

ADS