Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersetuju untuk membina pusat perniagaan sementara bagi menempatkan para peniaga di Lot 25 Pasar Minggu Kampung Baru yang diarahkan berpindah dari situ.

kampung baru weekend market 260508 03 Pusat perniagaan sementara itu akan dibina di Jalan Raja Mahadi dan Jalan Muda Abdul Aziz yang terletak dari jauh dari situ.

Difahamkan, pusat pernigaan tersebut akan siap dibina pada Ogos atau September depan.

Sebelum ini, DBKL telah mengeluar notis mengarahkan mereka berpindah kerana tapak tersebut akan dimajukan dengan pembinaan pangsapuri dan pusat perniagaan.

Mengikut notis tersebut, kira-kira 200 peniaga terbabit diarahkan berpindah pada 24 Jun ini.

Timbalan Yang Dipertua Persatuan Peniaga dan Kebajikan Pasar Minggu Kampung Baru, Mohamad Nadzri Abdul Hamid berkata, persetujuan tersebut dicapai dalam pertemuan pihaknya dengan Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup petang semalam.

Katanya, dalam pertemuan tersebut, Hakim bersetuju membenarkan mereka terus berniaga di situ sehingga pusat perniagaan sementara itu siap dibina dan boleh digunakan.

kg baru peniaga dialog 070608 map Bagaimanapun, Nadzri berkata, pihaknya telah meminta ketua pengarah DBKL itu memberi jaminan tersebut secara hitam putih.

Sedia tempat kediaman

"Ini kerana pertemuan semalam lebih merupakan satu perbincangan dari hati ke hati antara pihak peniaga dengan DBKL.

"Oleh itu, kita minta supaya diadakan satu mesyuarat khusus dengan DBKL untuk melihat permasalahan di pasar minggu tersebut secara menyeluruh," katanya.

Melalui mesyuarat tersebut, kata beliau, pelbagai perkara dapat dibincangkan, termasuk memberi keutamaan kepada peniaga terbabit mendapatkan premis perniagaan bila ia siap dibina kelak.

kg baru peniaga dialog 070608 building Bagaimanapun, Nadzri berkata, pihaknya tidak membangkitkan soal pampasan dalam pertemuan semalam.

Mengenai tempat kediaman bagi para peniaga terbabit apabila berpindah kelak, beliau berkata, DBKL bersetuju memperuntukkan unit-unit di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Air Panas untuk mereka.

"Kita berterima kasih kepada ketua pengarah kerana menyediakan bukan sahaja tempat perniagaan sementara tetapi juga unit kediaman untuk kami," katanya.

ADS