Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP bawa usul tergempar kes Altantuya
Diterbitkan:  Jun 23, 2008 2:02 PM
Dikemaskini: 5:20 PM

kemaskini 11:38pm Ahli parlimen DAP Lim Kit Siang menyerahkan usul tergempar bagi membincangkan dakwaan terbaru penulis blog Raja Petra Kamarudin yang mengaitkan isteri timbalan perdana menteri dengan kes pembunuhan Altantunya Shaariibuu.

Dalam notisnya kepada Yang dipetua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, wakil Ipoh Timur berkata perkara itu perlu disegerakan dan mempunyai kepentingan umum untuk dibahaskan.

Dalam usul itu, Lim berkata akuan bersumpah penulis sensasi itu mengaitkan tuduhan serius itu terhadap perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak.

Yang dipetua dewan dijangka memutuskan esok sama ada usul tersebut, yang diserahkan semalam, akan dibentangkan atau ditolak.

mongolian woman bombed altantuya 081106 Raja Petra, dalam akuannya 18 Jun lalu, mendakwa Rosmah Mansor bersama dua lagi berada di tempat kejadian sebelum wanita Mongolia itu diletupkan.

Najib dan isterinya beberapa kali menafikan pembabitan mereka dengan kes ini, yang masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pengendali blog Malaysia Today juga mendakwa perdana menteri menerima maklumat tentang pembabitan tiga individu itu, termasuk Rosmah, dan menyerahkan laporan perisikan kepada menantunya dan juga naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Sementara itu, di mahkamah berkenaan, pihak pendakwaan baru sahaja menutup kes selepas membawa 84 saksi selama 124 hari.

Perbicaraan akan disambung 23 Julai untuk membolehkan kedua-dua pihak mengemukakan hujahan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yasin dilaporkan berkata beliau menulis hingga 4,000 muka surat sepanjang tempoh perbicaraan.

ADS