10 most influential Malaysian albums
  VIMA Nominee: Aku Seorang Kuman Yang Crazy
  ANIMAX Cosplay Competition
  All VIMA Awards Passes Snapped Up!! Its Beg,Borrow or Steal to Get One!
  Here it is again..The Full VIMA Nominee List!!
  Youth'09 - Malaysia’s Largest Youth Lifestyle Festival.
  Ahmad Izham Omar Gets Inducted Into Indie Music Hall Of Fame
  Okay, so you wanna be a film-maker?
  The Top 10 Singles of 1970
  How To Cure Migraines: Super Tips!
  The Politics of Hunger: When Policies and Markets Fail the Poor
  March 8: Eclipsing May 13 (Hardback edition)
  Malaya's First Year at the United Nations: As Reflected in Dr Ismail's Reports Home to Tunku Abdul Rahman (Hardback edition)
  The Asian Renaissance
  The Malay Dilemma
  -    +  
Adjust font size:
Suhakam digesa pantau perhimpunan isu minyak 6 Julai
Jul 2, 08 3:05pm
Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hadir dan memantau perhimpunan aman anjurannya pada 6 Julai ini.

Katanya, perhimpunan bagi membantah kenaikan harga minyak selaras dengan hak untuk berhimpun secara aman seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perhimpunan tersebut akan diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya - depan kompleks membeli-belah Amcorp Mall - mulai 10 pagi Ahad ini.

Protes, dalam kenyataannya hari ini, berkata memorandumnya berhubung program tersebut akan diserahkan kepada Suhakam jam 12 tengahari esok.

kpg melayu ampang mosque protes petrol price hike 200608 02Pada mulanya perhimpunan tersebut dirancang diadakan di KLCC pada 5 Julai.

Bagaimanapun, lokasinya kemudiannya berubah di tempat sekarang supaya lebih ramai rakyat menyertainya.

Penyelaras Protes dan bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli sebelum ini dilaporkan berkata, kawasan tersebut dijangka tidak mengganggu masalah kesesakan lalulintas dan keselamatan peserta perhimpunan sehari suntuk itu.

Beliau juga dilaporkan berkata, kawasan itu amat strategik bagi mereka yang menggunakan Lebuhraya Persekutuan dan LRT Taman Jaya.

Orang ramai dijangka berhimpun untuk menyertai pelbagai aktiviti - selain ucapan para pemimpin politik pembangkang, persembahan kesenian seperti bacaan puisi dan nyanyian kumpulan pemuzik independen.

Penganjur mensasarkan mengumpulkan "sejuta orang" dalam perhimpunan bantahan tersebut, termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Dianggarkan 3,500 petugas akan membantu mengawal keselamatan dan masalah kesesakan lalulintas di kawasan tersebut.


Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner