Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zahid: Kemasukan semula Dr M kukuhkan Umno
Diterbitkan:  Sep 10, 2008 1:02 PM
Dikemaskini: 5:05 AM

Hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kembali kepada Umno akan mengukuh parti serta memberi ruang kepada negarawan yang dihormati itu memberi pandangan dan nasihat yang lebih bermakna, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

mahathir kimma new office event 150708 03 Sambil menyambut baik hasrat Dr Mahathir itu, beliau yang juga menteri di jabatan perdana menteri, berkata pandangan dan nasihat yang diberikan oleh seorang negarawan dan mantan presiden sangat dihormati oleh semua peringkat di dalam parti.

"...pendapat Tun apabila beliau di dalam Umno adalah berbeza ketika beliau berada di luar Umno. Pendapat Tun sebagai ahli Umno dan sebagai mantan presiden tentu lebih bernilai dan mempunyai kredibiliti yang lebih dan semua ahli di peringkat akar umbi amat mengalu-alukan beliau kembali," katanya.

Ahmad Zahid memberita pemberita demikian di Ipoh malam tadi sebagai mengulas pengumuman Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Dr Mahathir telah bersetuju untuk menyertai semula Umno, demikian menurut laporan Bernama.

Dr Mahathir keluar parti pada 19 Mei selepas kecewa dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ahmad Zahid berkata beliau percaya Dr Mahathir membuat keputusan untuk kembali bukan kerana dipujuk tetapi mungkin kerana beliau sendiri berasa patut kembali bagi memperkukuhkan Umno yang sekarang menghadapi pelbagai masalah.

Beliau berkata apabila Dr Mahathir berada semula di dalam Umno, beliau boleh menyuarakan pandangan dan nasihat terus kepada pucuk pimpinan parti tanpa lagi berbuat demikian melalui saluran lain secara terbuka.

Tambah kekuatan

"Pak Lah, Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua naib presiden adalah pendengar yang baik dan berfikiran terbuka...pandangan daripada Tun adalah pandangan dari seorang negarawan berpengalaman yang harus diterima," katanya.

Langkah yang diambil oleh Dr Mahathir, tambahnya, harus dialu-alukan tanpa perlu timbul kekhuatiran daripada sesiapapun di dalam Umno.

Ditanya sama ada akan timbul masalah jika Dr Mahathir terus membuat kritikan selepas menyertai semula Umno, beliau berkata sepedas mana pandangan beliau

gpms forum 140808 zahid hamidi tetapi apabila dibuat daripada dalam, ia akan dapat dibincangkan secara tertutup.

Ahmad Zahid juga yakin pemimpin dan anggota yang mengikut jejak Dr Mahathir keluar akan kembali semula bersama Umno.

"Walau tidak ramai (keluar Umno) walau hanya sekerat, tapi kita tidak mampu hilang yang sekerat itu. Kita harus menambah kekuatan bukan kurangkan. Kalau cari yang baru kenapa tidak jemput yang lama, tidak ada yang baru kalau tidak ada yang lama...yang lama dihormati yang baru disayangi," katanya.

Pengerusi Perhubungan Umno Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali adalah antara lebih 200 tetamu pada majlis itu yang berlangsung di Bangunan Umno Perak.

ADS