Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peguam bantah kes Anwar dipindah mahkamah
Diterbitkan:  Sep 10, 2008 7:04 PM
Dikemaskini: 11:11 AM

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim membantah permohonan pihak pendakwaraya untuk memindahkan kes liwat terhadap penasihat PKR itu, dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

puravalen pc on missing pi balasubramaniam 180708 haji sulaiman Kes Anwar yang ditetapkan untuk sebutan hari ini, telah ditangguhkan kepada 24 September berhubung pertikaian mengenai sijil untuk memindahkan kes tersebut yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Mahkamah akan mendengar hujah dari kedua belah pihak mengenai kesahihan sijil tersebut.

Sebelum prosiding selama 30 minit itu berakhir pagi tadi, peguam utama Anwar, Sulaiman Abdullah (foto) memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan membantah pemindahan kes tersebut.

Katanya, Mahkamah Sesyen memenuhi semua keperluan untuk terus mendengar kes tersebut, dan menegaskan bahawa Hakim SM Komathy Suppiah layak mendengarnya.

"Kita tidak nampak sebarang keperluan untuk memindahkannya," tegas Sulaiman.

anwar sodomy 2 trial session court 100908 transfer paper Komathy tersenyum mendengar kenyataan Sulaiman itu dan menjawab: "Saya telah berkhidmat selama 26 tahun".

Pada 7 Ogos lalu, Anwar mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau dituduh melakukan kesalahan tersebut pada petang 26 Jun lalu di sebuah bilik di Desa Damansara Condominium, Bukit Damansara.

Jika disabitkan kesalahan bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Pagi tadi, Anwar sekali lagi mengaku tidak bersalah apabila tuduhan tersebut dibaca kepadanya.

Baca berita penuh

ADS