Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Koh digesa pulihkan Umno-Gerakan
Diterbitkan:  Oct 6, 2008 11:29 AM
Dikemaskini: 3:49 AM

Umno Pulau Pinang berharap Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berusaha memulihkan semula hubungan dengan parti itu yang terjejas susulan kenyataan yang dianggap perkauman oleh seorang ketua bahagian.

Timbalan Pengerusi Umno negeri Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah berkata usaha itu perlu dibuat memandangkan sebelum ini parti itu telah mengeluarkan pelbagai kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan.

Beliau mengulas hubungan antara dua parti komponen BN itu berikutan pengumuman Dr Koh bulan lalu bahawa partinya memutuskan hubungan dengan Umno negeri berkaitan isu bekas ketua bahagian Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail.

"Saya rasa kita perlu cari jalan untuk memastikan masyarakat Melayu, Cina dan India terus bersatu di bawah Barisan Nasional," katanya semalam, lapor Bernama .

ADS