Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zahid ubah fikiran, tanding naib presiden
Diterbitkan:  Oct 9, 2008 5:40 PM
Dikemaskini: 10:01 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan Umno Mac depan.

Sebelum ini, beliau merupakan orang pertama yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut.

Bagaimanapun, menurut Bernama , Dr Ahmad Zahid telah mengubah fikiran untuk hanya bertanding jawatan naib presiden Umno Mac depan.

Dalam satu kenyataan ringkas hari ini, beliau berkata, keputusan itu dibuat demi menjaga perpaduan ahli peringkat akar umbi dan kekukuhan parti serta menghormati Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, yang bakal menerajui Umno.

"Saya memohon sokongan dan pencalonan daripada akar umbi dalam persidangan Umno bahagian-bahagian untuk jawatan berkenaan (naib presiden) sahaja.

"Saya juga ingin menyatakan sokongan dan taat setia tidak berbelah bagi saya kepada Datuk Seri Najib, yang telah diberikan kepercayaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengambil alih teraju kepimpinan parti sebagaimana yang telah diputuskan," katanya.

Ahmad Zahid, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memahami situasi dan realiti politik semasa, yang memerlukan pengorbanan daripada seseorang demi perpaduan dan kekuatan parti.

ADS