Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pilihanraya kampus sedang berlangsung di empat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Pantai Timur.

IPTA terbabit ialah Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).

campus election voting 021007 poll station Pilihanraya kampus kali ini menjadi tumpuan ramai yang ingin melihat sama ada 'tsunami' turut melanda politik kampus selepas pilihanraya umum Mac lalu yang memberi kemenangan besar kepada pembangkang.

UMT merupakan salah sebuah ITPA yang menjadi tumpuan kerana pilihanraya kampusnya hari ini menyaksikan pertandingan hebat bagi jawatan dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Tahun lalu, pilihanraya kampus di UMT berlangsung tanpa sebarang pertandingan untuk wakil MPPnya.

Seperti biasa pilihanraya kampus sekali lagi bakal menyaksikan pertembungan antara dua musuh tradisi iaitu kumpulan pelajar Aspirasi yang pro-establishment dengan kumpulan pelajar pro-mahasiswa.

Pilihanraya kampus hari ini bermula jam 9 pagi tadi hingga 5 petangnya.

Universiti Utara Malaysia (UUM) merupakan IPTA yang pertama mengadakan pilihanraya kampusnya semalam.

Universiti-universiti lain masih belum jelas kedudukannya buat masa ini.

Berikutan itu, kumpulan pelajar yang terdiri daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis) dan Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) hadir di Parlimen untuk menemui Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Harun, Isnin lepas.

Bagaimanapun, Idris dilaporkan tidak dapat menemui mereka.

Sebelum ini, 13 kumpulan mahasiswa yang diketuai SSM turut menuntut kementerian berkenaan mengumumkan segera tarikh pilihanraya kampus “supaya amalan demokrasi dapat berjalan dengan baik” di peringkat universiti".

ADS