Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Shahrizat layak tanding ketua Wanita
Diterbitkan:  Oct 19, 2008 10:05 PM
Dikemaskini: 6:02 PM

Pencalonan bagi Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah mendapat 40 pencalonan dan sekaligus melayakkan beliau bertanding jawatan ketua Wanita Umno.

shahrizat abdul jalil Walaupun naib ketua Wanita Umno sebelum ini telah menyatakan tidak berhasrat bertanding merebut ketua Wanita, namun beliau teruskan dicalonkan untuk jawatan tersebut.

Sebanyak 14 bahagian Wanita mengadakan mesyuarat perwakilan hari ini. Daripada jumlah tersebut, tujuh bahagian telah mencalonkan Shahrizat.

Bahagian-bahagian itu adalah Kepala Batas, Tanjong, Bukit Mertajam, Tambun, Gopeng, Kudat dan Wangsa Maju.

Had minima kelayakan untuk bertanding jawatan ketua Wanita ialah 39 pencalonan.

pencalonan wanita umno 191008 Sementara itu, penyandang jawatan tersebut, Tan Sri Rafidah Aziz menerima sokongan dari empat bahagian Umno lagi, menjadikan jumlah pencalonan yang diterimanya setakat ini sebanyak 75, dan begitu juga Shahrizat bagi jawatan naib ketua.

Gandingan Rafidah-Shahrizat menerima pencalonan masing-masing hari ini daripada Wanita Umno bahagian Parit Sulong, Pasir Salak, Ayer Hitam dan Pulai..

Sementara itu, ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar Datuk Kamilia Ibrahim hari ini layak bertanding jawatan naib ketua, selepas jumlah pencalonannya melepasi had kelayakan minima 20 pencalonan.

Beliau menerima dua pencalonan, termasuk dari Kepala Batas serta Gopeng, untuk mengumpul 26 pencalonan. Shahrizat juga layak bertanding naib ketua.

Sementara itu, Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said pula menerima satu lagi pencalonan daripada bahagian Tanjung, menjadikan jumlahnya enam pencalonannya.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Maznah Mazlan menerima pencalonan pertama daripada Wanita Umno bahagian Kudat untuk membolehkannya menyertai saingan merebut jawatan Naib Ketua Wanita.

Bagi jawatan yang sama, Ketua Wanita Johor Datuk Halimah Mohamed Sadique kekal dengan dua pencalonan manakala Exco Wanita Pusat Dr Norraesah Mohamad pula satu pencalonan.

ADS