DAP gesa boikot semua penerbitan Utusan
Jimadie Shah Othman
Okt 24, 08
12:10pm
Tidak cukup dengan memboikot akhbar Utusan Malaysia, DAP kini menggesa supaya ia diperluaskan meliputi kesemua tiga akhbar dan 11 majalah terbitan Kumpulan Utusan.

Saranan itu dibuat pemimpin utama parti itu Lim Kit Siang dalam sebuah forum di Dewan Perhimpunan China Selangor dan Kuala Lumpur di ibunegara malam tadi.

dap forum on politik baru yb j 241008 03DAP dan Pakatan Rakyat sebelum ini memboikot akhbar itu sebagai tindak balas selepas mendakwa akhbar berkenaan menyiarkan laporan yang berat sebelah.

Terbaru, parti itu mendakwa akhbar berkenaan menyiarkan laporan berat sebelah berhubung isu laungan azan yang membabitkan ahli Parlimen Teresa Kok.

Bercakap dalam forum bertajuk "Membunuh YB lawan Kebebasan Media", Lim mempertikaikan kualiti laporan akhbar itu yang didakwanya berat sebelah dan tidak profesional.

Lim menyatakan langkah terbaru itu ketika mengulas cadangan yang sama oleh seorang lagi peserta forum itu, pensyarah Universiti Malaya (UM) dan penulis blog terkenal Dr Azmi Sharom.

Turut menyokong saranan tersebut ialah seorang lagi ahli panel, penulis blog Haris Ibrahim.

Haris menyarankan supaya pengiklan menarik balik iklan mereka di akhbar itu selain menuntut orang ramai terus memboikot akhbar berbahasa Melayu popular itu.

"Kalau hendak serang balas, seranglah di tempat yang paling berkesan," katanya menjawab soalan hadirin mengenai tindakan seterusnya untuk menghadapi Utusan Malaysia.

dap forum on politik baru yb j 241008 05Simbolik kepada pemboikotan itu, kelima-lima mereka mengangkat kain rentang bertulis "boikot Utusan" di akhir program.

Ahli panel turut menerima seorang satu kain rentang yang disampaikan oleh ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Ahli panel lain ialah Teresa dan ketua pengarang editor Roket, Wan Hamidi Hamid.

 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner