Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zaid perlu taubat atau keluar rumpun Melayu, kata Shahidan
Diterbitkan:  Nov 2, 2008 7:26 PM
Dikemaskini: 11:29 AM

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyifatkan kenyataan Senator Datuk Zaid Ibrahim mengenai ketuanan Melayu sebagai keterlaluan.

"Zaid perlu bertaubat, jika tidak, Zaid perlu keluar dari rumpun bangsa Melayu," kata Shahidan yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno.

Shahidan berkata jika bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu terus mempertikai konsep ketuanan Melayu, beliau tidak seharusnya menjadi Melayu lagi kerana sebagai bangsa Melayu Zaid seharusnya membela Melayu bukan memburukkannya.

"Beliau sepatutnya memiliki semangat Melayu dan tidak seharusnya mempertikai ketuanan Melayu secara terbuka," kata Shahidan dalam laporan Bernama, ketika ditemui dalam satu majlis di Kangar hari ini.

Shahidan juga mahu Zaid memohon maaf kerana selama ini beliau dikenali dengan nama Melayu.

Baru-baru ini Zaid mendakwa konsep ketuanan Melayu adalah satu kegagalan yang membawa keburukan kepada kaum itu malah beliau menyifatkan konsep itu juga menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar negara.

ADS