Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Eurocopter: Tuduhan meleset, tanpa asas
Diterbitkan:  Nov 5, 2008 2:37 PM
Dikemaskini: 6:49 AM

Timbalan perdana menteri berkata tuduhan bahawa kerajaan berbelanja besar bagi pembelian 12 unit helikopter Eurocopter EC-725 bernilai RM1.604 bilion ternyata meleset dan tidak berasas berdasarkan penilaian Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan mempunyai sistem dan ia akan dipastikan telus dan mengikut peraturan, lapor Bernama .

"Maknanya tuduhan awal itu meleset sama sekali dan terbukti tidak ada asas. Sebab itulah kita buka proses itu kepada PAC.

"Walaupun daripada segi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) soal keselamatan negara sebenarnya tidak wajar didedahkan kepada terlalu ramai pihak.

helicopter military eurocopter cougor ec 725 troop transporter "Namun oleh kerana (ia) sudah dijadikan sebagai satu isu besar oleh parti pembangkang jadi kita ambil langkah membenarkan PAC membuat penyiasatan," katanya selepas temubual khas dengan RTM mengenai pakej rangsangan fiskal kerajaan bagi Bajet 2009 di Angkasapuri hari ini.

Beliau mengulas keputusan mesyuarat PAC kelmarin yang memutuskan bahawa tiada penyelewengan daripada segi prosedur dalam pembelian 12 unit helikopter tersebut.

Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata berdasarkan kepada tinjauan selama dua minggu di peringkat teknikal dan kewangan, didapati prosedur pembelian mengikut tatacara yang ditentukan dan diguna pakai di peringkat antarabangsa.

Azmi dipetik sebagai berkata PAC bagaimanapun kurang senang dengan ketiadaan pemeriksaan fizikal terperinci ke atas helikopter yang hendak dibeli itu.

Kementerian Pertahanan menjelaskan bahawa mereka tidak membuat satu uji terbang khusus memandangkan pesawat itu sedang diguna pakai dalam pelbagai keperluan di peringkat antarabangsa.

ADS