Isu bajet KKDW: Kementerian beza pandangan bukan makna kerajaan berpecah - PM
Perbezaan pandangan atau pendekatan antara kementerian tidak semestinya mencerminkan perpecahan dalam kerajaan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Dia menjawab soalan Hamzah Zainudin (PN-Larut) yang meminta penjelasan mengenai pendirian bercanggah secara terbuka antara Kementerian Kewangan (MOF) dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
“Kerajaan ingin menegaskan bahawa perbezaan pandangan atau pendekatan antara kementerian tidak semestinya mencerminkan perpecahan dalam kerajaan.
“Sebaliknya, ia merupakan sebahagian daripada proses perbincangan dan pertimbangan dasar yang mengambil kira tanggungjawab, bidang kuasa serta keutamaan masing-masing,” katanya pada jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan pada 29 Okt.
/file/attachments/orphans/New-Big-Picture-template-121026-17_465244.jpg)
Menurut Anwar, kerajaan memastikan penyelarasan antara kementerian dilaksanakan secara teratur bagi menjamin keselarasan dasar, mengelakkan pertindihan fungsi serta memastikan keputusan mengambil kira kepentingan rakyat dan kemampuan kewangan kerajaan.
Katanya, setiap dasar dan keputusan perlu melalui proses pertimbangan serta penyelarasan sewajarnya, manakala perkara yang memerlukan keputusan kolektif akan dibawa kepada Jemaah Menteri.
Langkah itu, katanya, selaras dengan prinsip tanggungjawab bersama Jemaah Menteri.
Anwar yang juga menteri kewangan berkata prestasi ekonomi negara terus dipantau berdasarkan data dan petunjuk semasa bagi menilai keberkesanan dasar serta memperkukuh daya tahan ekonomi dalam menghadapi ketidaktentuan global.
/file/attachments/orphans/fad2eeasdas_203900.jpg)
“Kerajaan akan terus memperkukuh kerjasama antara kementerian, meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dasar serta memantau pencapaian setiap inisiatif bagi memastikan keputusan yang dibuat diterjemahkan kepada hasil yang nyata, mampan dan memberikan manfaat kepada rakyat,” katanya.
Pertikaian antara MOF dengan KKDW sebelum ini berkisar pada peruntukan projek jalan luar bandar di bawah kementerian yang diterajui Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.
Pada September lalu, Zahid meluahkan kekecewaan terhadap kelewatan penyaluran peruntukan.
Dia mendakwa ramai kontraktor yang sudah menyiapkan projek serta mencapai sasaran ditetapkan masih belum menerima bayaran, sehingga sebahagian mereka berdepan masalah aliran tunai dan terpaksa gulung tikar.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/06/cc958ab1d847c884ad987ef62bcdbb81.jpg)
Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Johan Mahmood Merican melalui kenyataan pada 2 Sept menafikan terdapat sekatan terhadap peruntukan projek jalan luar bandar KKDW.
Menurutnya, keseluruhan peruntukan telah disalurkan manakala kekangan pembayaran berpunca daripada peruntukan tahun semasa yang hampir habis dibelanjakan.
MOF turut menyatakan KKDW sejak beberapa tahun lalu membuat komitmen dan berbelanja melebihi peruntukan tahunan bagi projek jalan luar bandar.
Dalam kenyataan sama, MOF memaklumkan kelulusan peruntukan tambahan RM300 juta bagi membantu menyelesaikan tunggakan bayaran kepada kontraktor.
Bagaimanapun, Zahid pada 7 Sept menafikan KKDW berbelanja melebihi peruntukan yang diluluskan, sambil menegaskan perbelanjaan kementeriannya berdasarkan jumlah dalam belanjawan atau yang mendapat kelulusan kerajaan.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/03/56c1935c93b6deec65df6633de4d791e.jpg)
Melalui jawapan bertulis parlimen yang dilaporkan pada 20 Okt, MOF memaklumkan kelulusan perbelanjaan tambahan RM500 juta bagi tahun ini selepas mengenal pasti penjimatan peruntukan pembangunan kementerian lain.
Amir Hamzah kemudian menjelaskan di Dewan Rakyat pada 29 Okt, jumlah RM500 juta itu merangkumi kelulusan RM300 juta pada 1 Sept dan RM200 juta pada 21 Sept.
MOF turut memaklumkan KKDW diarah menangguhkan pengeluaran surat setuju terima (SST) baru bagi projek jalan luar bandar pada 10 Sept bagi mengelakkan tunggakan bayaran terus meningkat.
Lapor komen ini
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/03/e9f3c5654ba9fea65f21ef852ab17a7c.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.