10 most influential Malaysian albums
  VIMA Nominee: Aku Seorang Kuman Yang Crazy
  ANIMAX Cosplay Competition
  All VIMA Awards Passes Snapped Up!! Its Beg,Borrow or Steal to Get One!
  Here it is again..The Full VIMA Nominee List!!
  Youth'09 - Malaysia’s Largest Youth Lifestyle Festival.
  Ahmad Izham Omar Gets Inducted Into Indie Music Hall Of Fame
  Okay, so you wanna be a film-maker?
  The Top 10 Singles of 1970
  How To Cure Migraines: Super Tips!
  The Politics of Hunger: When Policies and Markets Fail the Poor
  March 8: Eclipsing May 13 (Hardback edition)
  Malaya's First Year at the United Nations: As Reflected in Dr Ismail's Reports Home to Tunku Abdul Rahman (Hardback edition)
  The Asian Renaissance
  The Malay Dilemma
  -    +  
Adjust font size:
Tee Keat membisu berhubung 'peletakan jawatan' Ka Chuan
Nov 19, 08 2:38pm
Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat hari ini membisu berhubung spekulasi bahawa bekas setiausaha agung, Datuk Ong Ka Chuan telah meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet.

ong ka chuan and ong tee keat mcaKetika ditemui di Parlimen hari ini, Tee Keat, yang juga menteri pengangkutan, enggan mengesah atau menafikan perkara itu yang telah dilaporkan oleh akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily hari ini.

Menurut laporan akhbar tersebut, yang memetik sumber-sumber,  Ka Chuan yang juga menteri perumahan dan kerajaan tempatan telah menemui presiden MCA itu dan menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai menteri, selepas tewas dalam pemilihan jawatan timbalan presiden baru-baru ini.

Pertandingan bagi jawatan tersebut dimenangi oleh bekas naib presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek.

Difahamkan Tee Keat akan mengemukakan senarai baru calon menteri dari MCA kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mencerminkan kepimpinan baru parti itu, dan Ka Chuan mungkin tidak disenaraikan.

"Saya tidak membuat sebarang kenyataan mengenai khabar angin tersebut dan sehingga ini saya tidak menyerahkan senarai (calon menteri) kepada perdana menteri.

"Di samping itu, tidak ada senarai tersebut. Sama ada seorang (merujuk kepada Ka Chuan) menyerah surat peletakan jawatan atau tidak, adalah tidak penting," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan mengemukakan senarai itu, Tee Keat menjawab: "Kita akan memutuskannya (bila tiba masanya)."

Ka Chuan tidak dapat dihubungi kerana beliau sedang melakukan lawatan rasmi ke Iran dan akan kembali ke tanahair lewat minggu ini.



Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner