Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Suaram bantah 9 ditahan di perhimpunan anti-ISA
Diterbitkan:  Nov 24, 2008 11:18 AM
Dikemaskini: 7:38 AM

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) membantah keras penahanan sembilan orang berhubung perhimpunan Malam Himpunan Mansuhkan ISA di Ampang Jaya malam tadi.

anti isa protest ampang pandan indah protest arrest 241108 02 Tujuh daripada mereka ditahan sewaktu polis bertindak menyuraikan perhimpunan tersebut, manakala dua orang lagi - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub - ditahan sewaktu mereka pergi ke balai polis Pandan Indah untuk melihat mereka yang ditahan itu.

Mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 3.30 pagi tadi.

anti isa protest ampang pandan indah protest arrest 241108 05 Dalam membantah penahanan mereka, Suaram berkata, tindakan itu jelas melanggar hak asasi manusia.

Dalam satu kenyataan hari ini, Suaram berkata mereka seharusnya dibenarkan mengamalkan hak mereka untuk menyertai perhimpunan awam.

Menurut Suaram lagi, pihaknya juga dimaklumkan bahawa para peguam tidak dibenarkan masuk ke balai polis.

"Suaram mengecam penahanan Salahuddin dan Mohamad Sabu dan tujuh yang lain.

anti isa protest ampang pandan indah protest arrest 241108 01 "Suaram juga mengecam perbuatan tidak membenarkan para peguam menemui para tahanan," katanya.

Suaram juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menghantar surat bantahan kepada agensi dan pihak berkuasa yang berkenaan.

"Kami menghargai sokongan berterusan anda semua ke arah mempertahankan keadilan dan hak asasi manusia," kata Suaram.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS