10 most influential Malaysian albums
  VIMA Nominee: Aku Seorang Kuman Yang Crazy
  ANIMAX Cosplay Competition
  All VIMA Awards Passes Snapped Up!! Its Beg,Borrow or Steal to Get One!
  Here it is again..The Full VIMA Nominee List!!
  Youth'09 - Malaysia’s Largest Youth Lifestyle Festival.
  Ahmad Izham Omar Gets Inducted Into Indie Music Hall Of Fame
  Okay, so you wanna be a film-maker?
  The Top 10 Singles of 1970
  How To Cure Migraines: Super Tips!
  The Politics of Hunger: When Policies and Markets Fail the Poor
  March 8: Eclipsing May 13 (Hardback edition)
  Malaya's First Year at the United Nations: As Reflected in Dr Ismail's Reports Home to Tunku Abdul Rahman (Hardback edition)
  The Asian Renaissance
  The Malay Dilemma
  -    +  
Adjust font size:
Dr Nazrin: Timbang terperinci hukum yoga
Nov 25, 08 6:24pm
Raja Muda Perak menitahkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mempertimbangkan secara terperinci mengenai aktiviti senaman yoga di negeri itu.

Raja Dr Nazrin Shah, yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, bertitah sebarang keputusan jawatankuasa  itu kemudiannya hendaklah dibawa kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, sebelum dipersembahkan kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Samsul Baharin Hassan hari ini, Raja Dr Nazrin bertitah lebih teratur jika sesuatu fatwa yang melibatkan orang ramai dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja terlebih dahulu memandangkan hal-ehwal agama Islam berada di bawah bidang kuasa Raja.

"Ia adalah selaras dengan prosedur Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 berkaitan dengan menerima pakai sesuatu fatwa," titah baginda, lapor Bernama.

Sabtu lepas, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan amalan yoga secara sistematik iaitu yang membabitkan gerakan fizikal, bacaan mantera dan matlamat penyatuan diri dengan Tuhan, bertentangan dengan syariat Islam.
 
Sementara itu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta jawatankuasa fatwa di setiap negeri mengadakan mesyuarat membincangkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai senaman yoga sebelum dipersembahkan kepada sultan untuk perkenan dan diwartakan.

"Kita dapati bukan terdapat perbezaan pandangan tetapi bagaimana fatwa itu dilaksanakan, dan oleh itu jawatankuasa fatwa negeri perlu bermesyuarat  terlebih dahulu sebelum dipersembah kepada sultan," kata ketua pengarah jabatan itu Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, lapor agensi berita itu lagi.

Mengulas bantahan kaum lain mengenai fatwa pengharaman yoga itu, Wan Mohamad berkata fatwa berkenaan tertakluk kepada orang yang beragama Islam sahaja.


Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner