Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Vell Paari: Biar saya bersihkan Maika dahulu...
Diterbitkan:  Nov 26, 2008 8:29 PM
Dikemaskini: 2:57 PM

Ketua Pegawai Eksekutif Maika S Vell Paari hari ini berkata beliau akan melepaskan jawatannya sebaik sahaja beliau dapat memulihkan syarikat pelaburan MIC itu.

"Niat saya ialah untuk membersihkan syarikat teresbut dan memulihkannya menjadi sebuah syarikat berasaskan aset yang kukuh dan kemudian melepaskan jawatan CEO.

s vellpaari samy vellu son "CEO baru kemudiannya akan dilantik menerajui syarikat tersebut. Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, saya sentiasa membayangkan dengan jelas niat saya itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata, semasa mesyuarat tahunan syarikat tersebut tahun lalu, lembaga pengarah Maika telah mencadangkan resolusi untuk menjual semua aset Maika dan mengagihkan lebihan perolehannya kepada pemegang saham.

"Pihak syarikat sepatutnya boleh membeli balik pada harga minima RM1 sesaham yang juga termasuk saham bonusnya. Bagaimanapun, pelan itu terpaksa ditangguhkan kerana terdapat perintah mahkamah oleh seorang pemegang saham untuk menghalang kita melaksanakan resolusi berkenaan," katanya.

Tambahnya, pengarah Maika telah mengadakan perbincangan dengan pemegang saham tersebut untuk cuba mencari penyelesaian secara baik.

Baca berita penuh

ADS