Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sewa PPR S'gor kekal untuk keluarga miskin
Diterbitkan:  Dec 3, 2008 11:17 AM
Dikemaskini: 4:42 AM

Kerajaan Selangor mengekalkan kadar sewa unit di kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) sebanyak RM124 sebulan bagi keluarga yang berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor telah memulakan kajian bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak.

low cost housing ppr 131108 02 "Penduduk yang terlibat diharap dapat memberi kerjasama penuh bagi kelancaran kajian tersebut ," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Langkah kerajaan negeri menaikkan kadar sewa PPR - dari RM124 kepada RM250 sebulan - mendapat bantahan penduduk terbabit.

Pada 7 November lalu, lebih 100 orang yang mewakili penduduk PPR di Kota Damansara dan Lembah Subang mengadakan demonstrasi di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kerana membantah kerajaan menaikkan kadar sewa sejak Ogos lalu.

Selain mengadakan demonstrasi, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bantahan Kenaikan Sewa PPR Kota Damansara dan Lembah Subang, Johari Nander turut menyerahkan memorandum bantahan kepada kerajaan negeri.

Manakala Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar baru-baru ini dilaporkan berkata, piaknya akan mengadakan demonstrasi berbogel itu sebagai tanda bantahan kepada kerajaan negeri yang menaikkan

kadar sewa penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) daripada RM124 kepada RM250 sebulan.

Bantu penduduk Kg Berembang

Di samping itu, katanya, kerajaan negeri juga memberi perhatian kepada isu perumahan Kampung Berembang yang sudah lama dibangkitkan sejak zaman pemerintahan terdahulu yang belum mendapat perhatian sewajarnya.

Berikutan itu, katanya, kerajaan negeri akan memberi bantuan sewajarnya kepada 68 keluarga dari Kampung Berembang yang telah dikenal pasti untuk mendapat bantuan yang sepatutnya, seperti rumah pangsa.

Khalid berkata ini selarasdengan prinsip “Merakyatkan Ekonomi Selangor” kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat yang kini sedang melonjak kehadapan dalam memartabatkan keberkesanan pentadbiran telus dan begitu perihatin dengan setiap permasalahan rakyat.

Pada 7 Mac 2007, pemaju atas arahan sebuah syarikat tersenarai di bawah Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) - pemilik tanah tersebut - telah merobohkan semua rumah di Kampung Berembang

yang wujud sejak 30 tahun lalu.

Perkampungan tersebut teletak kurang 10km dari Menara Berkembar dan didiami oleh kira-kira 470 penduduk.

Mereka yang menjalankan kerja-kerja meroboh rumah di situ dibantu oleh pasukan polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

Enam orang ditahan hari ini dan dua orang lagi cedera ketika pergelutan berlaku antara penduduk setinggan dengan anggota pihak berkuasa.

ADS