Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jimat RM760 ribu baiki kereta api Bkt Bendera
Diterbitkan:  Dec 19, 2008 2:11 PM
Dikemaskini: 8:24 AM

Berkat kerjasama penduduk, profesional dan NGO, kerajaan Pulau Pinang berjaya menyelenggara kereta api Bukit Bendera dalam masa yang singkat dengan penjimatan sebanyak RM760,000.

Beberapa syarikat yang menawarkan untuk membaiki kabel itu - yang rosak mulai 2006 dan operasinya diberhentikan sejak beberapa bulan lepas - bersedia menyiapkannya dalam masa enam bulan dengan harga antara RM920,000 hingga RM1.463 juta.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, dengan kabel buat Jerman untuk menarik gerabak-gerabak yang mendapat kelulusan piawaian Sirim, kerajaan negeri memperbaikinya dalam masa dua bulan.

Kerosakan kabel satu daripada daya tarikan pelancong utama di pulau itu terpaksa dibaiki sendiri oleh kerajaan negeri, katanya lagi, setelah peruntukan RM40 juta yang dijanjikan kerajaan persekutuan tidak diterima.

ADS