Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Berita 'X-fail' pada 2008
Diterbitkan:  Dec 30, 2008 12:42 PM
Dikemaskini: 6:50 AM

Pelbagai perkara penting berlaku sepanjang tahun 2008 yang dikategorikan sebagai "X-files" yang mewarnai kehidupan rakyat negara ini. Berikutan disajikan sepuluh berita terpenting sepanjang tahun ini.

10 indian community mic Adakah kehidupan masyarakat India semakin baik?

Ekoran kejayaan perhimpunan 30,000 orang di Kuala Lumpur November tahun lalu, Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) mengharungi tahun ini dengan semangat yang tinggi walaupun lima pemimpin utamanya ditahan di bawah ISA manakala pengerusinya kini hidup dalam buangan di luar negara.

Kebangkitan masyarakat India dan strategi Makkal Sakthi mereka, telah memberi kesan besar terhadap keputusan pilihanraya umum Mac lalu - di mana mereka beramai-ramai menolak BN. Bagaimanapun, Hindraf kini telah diharamkan , dan kini para penyokongnya terus dengan perjuangan mereka mendapat pembebasan pemimpin mereka.

MIC menjadi hampir tidak relevan lagi - Presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu tewas di kerusi Parlimen Sungai Siput yang dimenanginya sejak tahun 1974. Ekoran itu, beliau juga kehilangan jawatannya dalam kabinet. Beliau kini jelas sedang berusaha untuk mengukuhkan semula pengaruhnya ke atas masyarakat India dengan melancarkan langkah penjanamaan semula parti ketiga terbesar dalam BN itu.

Bagaimanapun, dengan keadaan kehidupan masyarakat India yang tidak banyak berubah, maka timbul persoalan sama ada MIC boleh benar-benar mendakwa yang ia mewakili mereka dalam kerajaan.

09 mismanagement of government funds Skandal dalan BN

Malaysiakini melaporkan Julai lalu bahawa dua pegawai kanan anak syarikat kerajaan, Pempena Sdn Bhd, terbabit dalam penyelewengan yang mengalihkan peruntukan jutaan ringgit dana untuk pembangunan pelancongan, kepada pihak lain.

Dalam reaksinya, Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman berkatak juruaudit dalaman akan menyiasat dakwaan tersebut.

Beliau juga mendedahkan di Parlimen bahawa "beberapa pelabuaran dalam syarikat berkenaan meragukan". Satu laporan yang dikeluarkan dua minggu kemudiannya, mendedahkan bahawa syarikat berkenaan telahmembuat pelaburan yang meragukan yang terpaksa dilupuskan.

Laporan tersebut bagaimanapun tidak menyebut tentang portal e-pelancongan yang membabitkan RM10 juta.

Kerajaan juga mengumumkan pembelian 12 unit helikopter Cougar EC-725 dari Eurocopter untuk menggantikan helikopter Nuri, pada kos RM1.6 bilion.

Pengerusi Mentari Services Sdn Bhd, Kapten (B) Zahar Hashim, bekas ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan, mendedahkan "penyelewengan" berlaku dalam urusniaga tersebut dan wujudnya pilihan yang lebih menjimatkan.

Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) menyiasat perkara itu. Walaupun menolak berlaku sebarang penyelewengan, PAC berkata, tiada pemeriksaan dilakukan ke atas helikopter yang dicadang hendak dibeli itu. Ahli parlimen pembangkang mendesak supaya didedahkan laporan penuh mengenai siasatan tersebut.

Sehingga ini, kerajaan telah menangguhkan pembelian helikopter sebut sehingga keadaan ekonomi negara mengizinkan. Bagaimanapun, persoalan yang dibangkitkan oleh Zahar masih belum terjawab.

08 royalty support Pihak istana bersuara...

Pihak istana turut memainkan peranan penting selepas pilihanraya umum Mac lalu, berhubung pelantikan menteri besar di tiga buah negeri - Perlis, Perak dan Terengganu.

Manakala dalam isu fatwa membabitkan senaman yoga, Sultan Selangor , Perak dan Negeri Sembilan menitahkan supaya sebarang keputusan fatwa yang menyentuh isu melibatkan masyarakat umum, dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja terlebih dahulu memandangkan hal-ehwal agama Islam berada di bawah bidang kuasa Raja.

Manakala anak-anak Raja juga turut bersuara berhubung isu-isu penting semasa. Misalnya, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra menyentuh soal perpaduan dan istimewa orang Melayu ketika berucap di sebuah forum di Kuala Lumpur pada 12 April. Ekoran itu, Presiden MCA , Datuk Ong Ka Ting membantah kenyataan tersebut. Begitu juga dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh, sebelum menyedari kemudiannya bahawa kenyataan itu telah dilaporkan di luar kontak.

Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah turut dijemput berucap di beberapa persidangan, termasuk persidangan tahunan hakim-hakim Malaysia pada 19 April. Pandangannya urustadbir yang baik, perpaduan rakyat dan mengenai bidang kehakiman mendapat pandangan dan perhatian yang tinggi.

Bagaimanapun, gesaan supaya dipulihkan imuniti kepada raja-raja berhubung prosiding sivil dan jenayah, tidak begitu mendapat sambutan dari pihak awam. Imuniti tersebut ditarik pada tahun 1993.

Baca berita penuh

ADS