Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PAS berjanji akan meneliti memorandum dua NGO Melayu yang memohon campurtangan beliau dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menangani isu ternakan babi di Melaka.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan demikian ketika berucap di majlis pelancaran kempen anti-ISA di Bangi semalam.

anti babi group 04 Sebelum ini, beliau menerima memorandum tersebut daripada wakil Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) dan Persatuan Pengguna Islam (PPIM).

Memorandum itu diterima bagi pihak Hadi, oleh Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda Salahudin Ayub pada kira-kira jam 10 malam.

Ia diserahkan oleh Timbalan Pengerusi Pewaris, Rahimuddin Md Harun, penguam GGMM, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz dan tiga lagi aktivis pertubuhan-pertubuhan tersebut.

memorandum anti babi group 02 Mereka mendesak campurtangan orang nombor satu PAS itu dan Anwar sebagai “pemimpin Islam” untuk memainkan peranan menyelesaikan masalah ternakan babi di kawasan berkenaan.

Mereka juga berharap kedua-dua tokoh utama Pakatan Rakyat itu dapat menimbulkan isu tersebut di dalam persidangan parlimen kelak.

Bawa sepanduk

anti babi group 03 Anwar bagaimanapun tidak hadir ke majlis itu kerana berada di luar negara.

Kira-kira 200 penyokong NGO itu berkumpul di depan pintu kompleks sukan tersebut mulai jam 9.15 malam serta membawa sepanduk.

Manakala sebahagiannya lagi memakai kemeja-T putih bertulis “Gerakan Mansuhkan Babi” di bahagian belakang dan “Kekalkan ISA” di bahagian depannya.

Sementara itu, Mohamad dalam ucapannya dalam majlis itu secara sinis menyindir NGO berkenaan dengan berkata: “Hantar memorandum isu babi, tetapi pakai baju kekalkan ISA”.

pewaris rahimuddin Md Harun Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) dan parti-parti pembangkang malam tadi melancarkan kempen mansuhkan ISA di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi.

Beberapa pemimpin Pakatan yang berucap di majlis tersebut, menempelak penggunaan ISA oleh pihak kerajaan.

Wakil keluarga tahanan ISA, Norlaila Othman dan wakil mahasiswa adalah antara pemimpin lain yang turut berucap di majlis tersebut.

ADS