Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Calon BN: Kenyataan Dr M tidak relevan, kata PM

Perdana menteri menegaskan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh adalah calon proksi pemimpin negara itu sebagai tidak relevan kepada BN.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Dr Mahathir boleh kata apa sahaja kerana ia tidak relevan kepada parti itu.

kuala terengganu by election 080109 bn leaders 2 "Kita tahu apa yang kita buat, kita tahu apa kita mahu dan kita akan berjuang habis-habisan untuk memenangi pilihanraya kecil ini," katanya.

Ditanya mengenai tahap sokongan pengundi Cina kepada Wan Ahmad Farid, Abdullah berkata, pekerja BN perlu meningkatkan usaha bagi menangani masalah masyarakat berkenaan.

Beliau berkata, BN perlu menjawab perkara-perkara dan keraguan yang berbangkit dan tugas itu akan dijalankan oleh jentera pilihanraya parti.

Terdapat 8,787 pengundi Cina atau 10.94 peratus daripada 80,229 pemilih yang dianggap menjadi penentu dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan.

kuala terengganu by election 080109 crowds Berikutan itu, PAS dan BN bertungkus-lumus meningkatkan usaha masing-masing untuk menarik sokongan pengundi terbabit.

Wan Farid ambil risiko

Mengenai perjumpaannya dengan jentera BN, Abdullah berkata, Wan Ahmad Farid mengambil risiko kehilangan jawatannya apabila bersetuju menjadi calon.

"Calon BN telah ambil risiko yang tinggi sebab kalau tidak menang, beliau kehilangan kedudukan di Dewan Negara dan kedudukan sebagai timbalan menteri di samping tidak boleh nak dapatkan semula jawatan setiausaha politik (kepada Abdullah).

"Itu saya dah beritahu beliau awal-awal lagi apabila saya dengar cakap-cakap Wan Farid jadi calon pilihan Umno bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu," katanya.

kuala terengganu by election 080109 abdullah Tambahnya, beliau juga mahu jentera parti tahu bahawa Wan Ahmad Farid serius untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasan parlimen berkenaan.

Abdullah menyertai kempen dalam pilihanraya kecil ini pada hari ketiga selepas penamaan calon.

Perdana menteri turut ditanya pemberita mengapa beliau datang awal, tidak seperti dalam pilihanraya kecil yang lepas-lepas.

Menurut Abdullah, beliau datang sekarang kerana beliau dijadual melawat Timur Tengah minggu depan.

"Kalau tak datang sekarang, kemudian bila dah sibuk tak dapat datang... ah Pak Lah ni, orang kata, tak membantu," katanya.

ADS