Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengundian bagi dua kerusi Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Islam Antarabanga (UIA), kampus Kuantan telah ditangguhkan kepada 29 Januari depan.

Ia ekoran bantahan daripada kumpulan pro-Mahasiswa terhadap kertas pencalonan calon Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Mereka mendakwa nama dan gambar calon pada kertas pengundian hari ini, didapati tidak sama.

Jurucakap pro-Mahasiswa, Ahmad Nor Muslim berkata ia merupakan keputusan rasmi jawatankuasa pilihanraya UIA kampus berkenaan.

Bagaimanapun, pilihanraya kampus hari ini bagi kerusi fakulti lain diteruskan seperti yang dijadualkan.

Pilihanraya kampus bagi Universiti Islam Malaysia (UIA) berlangsung hari ini dengan kumpulan pro-Mahasiswa sudah memenangi dua kerusi tanpa bertanding dan calon bebas menang satu kerusi tanpa bertanding selepas penamaan calon Isnin lalu.

Keputusan 7 malam

Pro-Mahasiswa menang dua kerusi di Fakulti Kejuruteraan di kampus Gombak dan Fakulti Kejururawatan di kampus Kuantan.

Kumpulan tersebut menguasai kerusi Fakuti Kejuruteraan sejak tahun lalu.

Manakala seorang calon bebas menang tanpa bertanding di Fakulti Teknologi Maklumat dan Informasi di kampus Gombak.

UIA merupakan universiti awam terakhir mengadakan pilihanraya kampus. Sebelum ini, Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan pilihanraya kampus masing-masing.

Kecuali UM, seperti yang diduga, kesemua universiti awam lain lain dikuasai oleh kumpulan pro-Aspirasi yang cenderung kepada kerajaan.

Pengundian bagi pilihanraya kampus UIA bermula jam 8 pagi dan akan berakhir pada jam 5 petang.

Manakala keputusan dijangka diumumkan kira-kira jam 7 malam ini.

ADS