Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nizar setuju keluar dari kediaman MB
Diterbitkan:  Feb 12, 2009 4:23 PM
Dikemaskini: 12:20 PM

Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mengumumkan hari ini bahawa beliau akan keluar dari kediaman rasmi menteri besar 10 hari lagi.

Bercakap dalam satu sidang akhbara di Ipoh, Nizar berkata beliau telah menerima surat dari Setiausaha Kerajaan Perak, Datuk Abdul Rahman Hashim meminta beliau mengosongkan kediaman tersebut.

Nizar berkata, beliau akan menghormati permintaan tersebut.

Beliau juga mengumumkan akan memulangkan semula kesemua 11 kereta Toyota Camry.

Menurut Nizar beliau akan memfailkan saman terhadap pelantikan Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 11 pagi esok.

Di samping itu, beliau juga menggesa rakyat berkumpul secara aman sebagai tanda sokongan, tetapi meminta mereka menghormati undang-undang.

Beliau berkata, mengikut satu tinjauan, didapati 96 peratus rakyat Perak mahu Pakatan terus memerintah negeri itu.

Manakala SMS yang diterimanya pula menyokong beliau untuk terus memegang jawatan menteri besar.

Minggu lalu, Barisan Nasional menubuhkan kerajaan baru di Perak selepas empat wakil rakyat Pakatan keluar parti. Seorang daripada mereka kembali semula ke pangkuan Umno manakala tiga lagi menjadi calon bebas dan menyokong BN.

Ekoran itu, Sultan Perak telah menitahkan kepada Nizar supaya melepaskan jawatan menteri besar tetapi beliau enggan berbuat demikian.

Sebaliknya, beliau terus tinggal di kediaman rasmi menteri besar yang juga menjadi pusat pentadbirannya.

Baca berita penuh

ADS