Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nizar: Serah rumah, kereta bukan mengalah
Diterbitkan:  Feb 13, 2009 5:51 PM
Dikemaskini: Feb 16, 2009 2:25 AM

Keputusan untuk meninggalkan kediaman rasmi Menteri Besar serta menyerahkan kenderaan rasmi bukan petanda Pakatan Rakyat mengalah dan kecewa, kata Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

Sebaliknya, kata beliau, tindakan itu hanyalah semata-mata mematuhi arahan pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Perak, lapor Bernama.

nizar jamaluddin files suit against dr zambry abdul kadir perak 130208 "Sedikit pun tidak dengan penyerahan ini, memudaratkan apa-apa tindakan yang kami buat sebelum ini termasuk ikhtiar untuk mendapatkan deklarasi daripada Mahkamah Tinggi. Tidak menjejaskan sama sekali.

"Ia bukan sebarang petanda apa-apa elemen bahawa kami menyerah, kami kecewa atau apa jua elemen yang kami ini mahu mengalah," katanya di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini selepas memfailkan permohonan mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah menteri besar Perak yang sah, lapor Bernama.

Ditanya apakah yang akan beliau dilakukan sementara menunggu keputusan mahkamah, Mohammad Nizar, yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Perak, berkata beliau akan meneruskan tugas harian seperti biasa sebagai menteri besar dan begitu juga barisan exconya yang lain.

nizar jamaluddin and perak mb residence and official car pc 120209 02 "Kami masih berpegang kepada permohonan saya sebagai Menteri Besar, pada waktu berkenaan.

"Oleh kerana kami merasakan mengikut lunas undang-undang adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat, kerajaan yang sah, maka menggunakan peruntukkan yang ada, kami memohon perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan (Perak) untuk membubarkan DUN negeri Perak dan diadakan pilihan raya di seluruh 59 DUN Perak supaya hak rakyat diberikan untuk mereka memilih kerajaan," katanya.

Ditanya alasan beliau memfailkan permohonan di mahkamah Kuala Lumpur dan tidak di Ipoh, Mohammad Nizar berkata beliau dinasihatkan oleh panel peguamnya bahawa ia adalah "lebih baik dan jernih dan lebih cerdik kalau mereka datang ke sini".

ADS