Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiada lagi pemilihan langsung pemimpin PAS?
Diterbitkan:  Mar 2, 2009 4:39 PM
Dikemaskini: 12:49 PM

Bagi mengelakkan persaingan sengit khususnya selepas wujud dua kumpulan besar - pro-muzakarah dengan Umno dan pro-Pakatan Rakyat - mursyidul am PAS mencadangkan kaedah berunding untuk memilih barisan pemimpin tertinggi parti.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata PAS bercadang menggunakan kaedah syura pada muktamar ke-55 yang dijadual Jun ini.

Langkah itu disarankan kerana PAS seboleh-bolehnya mahu mengurangkan sebarang perselisihan dalam parti itu, termasuk dalam soal pemilihan pemimpin, lapor Bernama .

Katanya, kaedah syura - iaitu perbincangan bagi mencapai persetujuan bersama - berkemungkinan besar digunakan dalam pemilihan muktamar kali ini.

"Seboleh-bolehnya kita tak mahu ada perselisihan, nak lari daripada

berselisih pun tak boleh kerana manusia ni tak sama, tapi kalau cara syura boleh (kurangkan perselisihan), tak apalah, asalkan syura tu tak bercanggah dengan asas bermesyuarat," Nik Aziz dipetik berkata.

Tambahnya, beliau berharap muktamar tahun ini dapat diadakan di

sebuah negeri tempat PAS baru bertapak.

Sejak kemenangan besar parti itu bersama PKR dan DAP pada pilihanraya umum, PAS berdepan dengan pergeseran dalaman yang besar susulan usaha mengadakan rundingan tertutup dengan Umno pertengahan tahun lepas.

Barisan pemimpin kanan PAS yang menentang rundingan sulit itu kemudian digelar "kumpulan Erdogan" - mereka yang percaya parti itu wajar mengutamakan kerjasama dalam gabungan pembangkang.

Perbezaan terbuka sesama mereka merebak secara lebih terbuka dalam perbahasan-perbahasan di muktamar PAS di Ipoh, waktu itu Perak turut dikuasai parti tersebut, Ogos tahun lalu.

Perselisihan itu terus muncul termasuk sewaktu ura-ura mengambil alih kerajaan persekutuan daripada BN - atau projek 16 September - yang pernah diusahakan oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menjelang pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang ditandingi PAS, pertengahan Januari lalu, persaingan dua aliran tersebut terus sengit sehingga mendorong presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat keputusan saat akhir mengutamakan calon pilihannya sendiri.

Reaksi pemimpin kanan PAS

ADS