Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Saya sombong? Taklah...'
Diterbitkan:  Mar 4, 2009 2:45 PM
Dikemaskini: 7:51 AM

Khairy Jamaluddin - menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan ahli Parlimen Rembau - mengakui bahawa persepsi umum terhadapnya begitu buruk dan beliau kini berada di tahap 'yang tidak boleh berpatah balik lagi'.

Dalam wawancara selama 90 minit dengan Malaysiakini, Khairy berkata hanya masa yang dapat memulihkan imejnya.

“Ya, saya seorang realis. Saya terpaksa tunggu saat itu. Kalau saya menang pertandingan ini (ketua Pemuda Umno), mungkin ia boleh berlaku lebih cepat lagi kerana saya sudah ada landasan (untuk berbuat demikian).

“Jika tidak (menang), saya kenalah tunggu sehingga datang seseorang mengetuk pintu rumah saya dan berkata, "Eh, kamu masih ada...,” kata naib ketua Pemuda Umno itu.

khairy jamaluddin interview 030309 sequence Sekiranya tidak terpilih, Khairy berkata: “Saya akan terus melakukan kerja saya (sebagai ahli Parlimen) dan saya tiada masalah dengannya.”

Calon ketua Pemuda Umno itu juga menjelaskan bahawa beliau telah lama sampai ke tahap 'tidak boleh berpatah balik lagi' dalam perjalanan politiknya.

Mengulas salah anggap terhadap dirinya, beliau berkata, masih banyak perkara yang tidak difahami tentang dirinya.

'Seorang pendiam'

“Baru-baru ini saya bertemu seorang pengendali laman blog popular. Kami tidak pernah bertemu sebelum ini, kali pertama, tetapi beliau sudah lama menulis tentang saya.

“Perkataan pertama beliau kata tentang saya ialah, oh, anda lebih tinggi daripada yang saya sangkakan. Bagi seseorang yang sudah lama menulis tentang saya, beliau tidak sedar pun (ketinggian) saya enam kaki. Cuba anda bayangkan ketidakselarasan antara realiti dan persepsi,” katanya.

Diminta menjelaskan siapakah Khairy yang sebenar, beliau menyifatkan dirinya sebagai produk generasi ini – satu generasi yang kompleks - (tetapi) tidak terpisah dengan akar sejarah dan dalam masa yang sama, mementingkan identiti etnik masing-masing.

Khairy juga menafikan bahawa beliau sombong dan kurang mendengar (pandangan orang lain), tetapi sebaliknya menyifatkan dirinya seorang yang pendiam. Beliau juga berkata, tidak banyak perkara yang boleh membuatkannya marah akhir-akhir ini.

Ditanya sama persepsi terhadapnya disebabkan beliau banyak bercakap tetapi kurang mendengar, beliau berkata: “Saya tidak tahu. Mendengar itu bagus. Saya tidak tahu semua perkara dan saya juga tidak berpura-pura tahu semua perkara.”

“Anda empat orang mewawancara saya, sudah tentu saya perlu bercakap,” katanya berseloroh.

Dalam wawancara siri kedua ini, Khairy turut ditanya pandangannya tentang langkah melompat parti dan kekecohan dan kebuntuan politik di negeri Perak.

Baca berita penuh

ADS