Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes Nizar vs Zambry ke Mahkamah Persekutuan
Diterbitkan:  Mar 6, 2009 10:13 AM
Dikemaskini: 8:17 AM

Mahkamah Tinggi (bahagian rayuan dan kuasa khas) memutuskan isu-isu perlembagaan bagi menentukan menteri besar Perak yang sah akan ditetapkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Hakim Lau Bee Lan lebih senang perkara tersebut dirujuk terus kepada mahkamah tertinggi itu bagi mempercepatkan keputusan berhubung pergelutan politik di negeri itu antara Pakatan Rakyat dan BN.

Hakim juga meminta peguam kedua-dua pihak merumuskan soalan-soalan yang akan dibawa ke mahkamah tersebut.

dr zambry abdul kadir new perak cm 110209 04 Saman mencabar pelantikan Datuk Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar baru Perak difailkan oleh Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

Ekoran keputusan Hakim Lau itu, peguam utama Nizar, Sulaiman Abdullah memohon untuk membuat rayuan dan meminta supaya prosiding ditangguhkan sehingga keputusan rayuan dibuat.

Hakim Lau bagaimanapun menolak permohonan Sulaiman dan mengarahkan peguambela menyediakan soalan-soalan untuk dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan.

Serah soalan

Peguam kanan persekutuan, Kamaluddin Md Said menyerahkan senarai soalan, dan Lau telah menetapkan petang Selasa depan untuk memutuskan sama ada soalan-soalan tersebut boleh disebut dalam persidangan terbuka mahkamah.

Ini ekoran perdebatan antara Sulaiman dan Kamaluddin sama ada soalan-soalan tersebut boleh diumumkan dalam persidangan terbuka mahkamah.

Selasa lalu, peguam utama Nizar, Sulaiman Abdullah membantah perkara itu dirujukkan ke Mahkamah Persekutuan.

Sebaliknya, beliau memohon Hakim Lau mendengar saman tersebut.

Bagaimanapun, Kamaluddin yang mewakili pejabat Peguam Negara berhujah bahawa perkara itu membabitkan penafsiran Artikel 16 (6) Perlembagaan Negeri Perak dan oleh itu harus didengar oleh Mahkamah Persekutuan.

Hakim Lau memutuskan terdapat kes membabitkan persoalan perlembagaan, seperti yang terkandung di bawah Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman (CJA).

Tafsiran perlembagaan

Beliau bersetuju dengan hujah peguam kanan persekutuan bahawa penafsiran seksyen 84 CJA bukan sahaja merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan tetapi juga perlembagaan negeri Perak.

Berikutan itu, kata Hakim Lau, mahkamah memutuskan untuk merujuk kes tersebut terus kepada Mahkamah Persekutuan.

Oleh itu, tambahnya, prosiding mahkamah ditangguhkan untuk membolehkan pihak peguam merangka soalan untuk dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan.

Nizar pula berkata, beliau menghormati keputusan tersebut walaupun beliau pada mulanya mahu kes tersebut didengar terlebih dahulu.

Sehubungan itu, beliau berharap penafsiran yang betul dibuat dalam isu tersebut.

Dalam samannya itu, Nizar, antara lain, memohon pengisytiharan bahawa beliau adalah menteri besar Perak yang sah.

Beliau juga memohon penafsiran Artikel 16(6) Perlembagaan Perak sama ada jawatan menteri besar boleh dikosongkan apabila:

bullet button Menteri besar telah menasihatkan Sultan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN);

bullet button Tiada pembubaran Dewan Undangan Negeri;

bullet button Tiada usul tidak percaya terhadap menteri besar di Dewan Undangan Negeri; dan

bullet button Menteri besar tidak meletak jawatan.

[Baca berita penuh]

ADS