Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
'Mawar' baru untuk Chelsea
Diterbitkan:  Sep 3, 2015 4:31 PM
Dikemaskini: 9:58 AM

Ada kemungkinan tempat doktor rupawan bagi skuad Chelsea akan tetap diisi pegawai perubatan jelita yang baru.

Bagi menggantikan Eva Carneiro - yang 'dihukum' Jose Mourinho - The Blues mungkin mengambil doktor dari Russia.

#gohome #missyou #gameeva #gameeva_viktoriya #москва #возвращаюсьдомой

A photo posted by OFFICIAL VIKTORIYA GAMEEVA (@gameeva_viktoriya) on

Nama Viktoriya Gameeva tiba-tiba digosipkan menjadi pengisi tempat Eva selepas pegawai perubatan itu sendiri mempamerkan kecenderungan kepada The Blues .

Kini bertugas bersama kelab Spartak Moscow, Viktoriya menarik perhatian penggemar bola sepak Eropah apabila memuat naik gambar memakai jersi Chelsea di Instagramnya.

Selain itu, Viktoriya juga menggunakan akaun Instagram - yang mempunyai 7,000 pengikut - untuk berkongsi gambar ketika menjalankan tugas profesionalnya serta semasa bersantai.

Seperti meninggalkan tugas hakiki bersama Spartak, doktor berambut panjang itu jelas sedang menikmati waktu rehat di tepian pantai dan bersantai di kolam renang.

Khabar angin mengatakan ada kemungkinan besar Viktoriya boleh menggantikan Eva ( kiri ) kerana pelbagai faktor, termasuk kecantikan paras rupanya.

Sebelum ini, Eva mencetus kemarahan Mourinho apabila tampil ke padang untuk memberi rawatan kepada Eden Hazard pada minit-minit akhir perlawanan menentang Swansea City.

Tindakan Eva itu dianggap Mourinho menggangu waktu perlawanan kerana pasukannya mengejar gol kemenangan apabila kedudukan terikat 2-2.

Lihat Komen
ADS