Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Neymar, Ronaldo 'raja Instagram'
Diterbitkan:  Oct 8, 2015 3:59 PM
Dikemaskini: 8:08 AM

Populariti bintang bola sepak dunia selalunya diangkat melalui laporan media cetak dan elektronik, tetapi sukar untuk diukur siapa lebih mendominasi jumlah peminat.

Teknologi media sosial kini boleh menjadi kayu ukur untuk menilai pengaruh seseorang bintang.

Melalui laman Instagram, misalnya, didapati Neymar dan Ronaldo adalah antara pemain bola sepak kelas atas yang paling digemari peminat.

Pemerhatian menunjukkan lima pemain bola sepak antarabangsa paling popular di Instagram - berdasarkan jumlah pengikut mereka adalah:

  • Neymar (@neymarjr)
  • Cristiano Ronaldo (@Cristiano)
  • Lionel Messi (@leomessi)
  • James Rodriguez (@jamesrodriguez10)
  • David Luiz (@davidluiz_4)

Neymar yang kini menjadi antara senjata berbisa Barcelona , Neymar Junior muncul sebagai bintang bola sepak paling ramai diikut peminat.

Mencatatkan seramai 32.7 juta pengikut, Neymar dilihat aktif mempromosi dirinya dengan memuat naik gambar terbaru ke Instagram.

Pemain dari Brazil itu dilihat lebih aktif berbanding pemain lain dengan memuat naik 3,021 gambar di akaunnya setakat ini.

Antara gambar yang paling digemari pengikutnya adalah imej kereta baru miliknya, Ferarri 488 Spider apabila lebih sejuta peminat menekal butang like pada gambar tersebut.

Di kedudukan kedua ialah pemain Real Madrid dan Portugal, Ronaldo dengan 32.1 juta pengikut.

Sehingga berita ini ditulis, penyerang itu memiliki 610 gambar yang dikongsi.

Selain memuat naik gambar aktiviti hariannya, Ronaldo juga menjadikan Instagram sebagai tempat mempromosi jenama pakaiannya, CR7 Footwear.

Twitter juga ramai

Pesaing terdekat Ronaldo ialah Lionel Messi dengan 25.8 juta pengikut.

Bagaimanapun, penyerang Barcelona ini dilihat tidak terlalu aktif di akaunnya.

Sehingga hari ini, hanya 136 gambar dimuat naik, manakala gambar bersama anaknya dan sebuah piala disukai lebih dua juta pengikut.

Di tangga keempat, rakan sepasukan Ronaldo di Real Madrid, James Rodriguez dengan mencatatkan 14.6 juta pengikut.

Pemain berusia 24 tahun dari Colombia itu berkongsi 514 gambar setakat hari ini.

Sementara itu, senarai lima pemain paling popular di Instagram dilengkapi bekas pemain Chelsea, David Luiz.

Pemain pertahanan dari Brazil itu memilik 10 juta pengikut.

Luiz yang kini bermain untuk Paris Saint-Germain dilihat aktif berkongsi gambarnya yang kini berjumlah 1,218 keping.

Dia juga mempunyai ramai pengikut di Twitter, iaitu 7.47 juta orang dan hanya mengikut 185 akaun.

Treino! ⚽️ https://t.co/CdUOk5X0pg pic.twitter.com/UR2TUnyGYb

— David Luiz (@DavidLuiz_4) October 7, 2015

Lihat Komen
ADS