Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Kafa lantik Zahasmi ganti Popov
Diterbitkan:  Nov 30, 2016 4:01 PM
Dikemaskini: 8:46 AM

Skuad bola sepak Kelantan akan dikendalikan Zahasmi Ismail sebagai jurulatih baru bagi menghadapi liga Malaysia 2017.

Perkara itu diumumkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) pada sidang media di Kota Bharu, hari ini.

Pemangku Presiden Kafa, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, pemilihan Zahasmi selaku ketua jurulatih Kelantan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutif Kafa yang berlangsung baru-baru ini.

Menurutnya, Zahasmi merupakan anak jati Kelantan yang mempunyai sejarah dengan pasukan itu sendiri dilihat layak untuk menjadi pengemudi bagi mengharungi cabaran musim 2017.

"Beliau mempunyai kepakaran dan pengalaman luas, pernah bersama Kelantan sebagai penolong jurulatih dan pernah menggalas tugas sebagai pemangku jurulatih.

"Kita lihat rekod ketika beliau mengendalikan pasukan Kelantan cukup baik. Kita bersyukur pada hari ini Zahasmi ingin kembali semula menggalas tugas sebagai ketua jurulatih Kelantan," katanya.

Afandi berkata, Zahasmi akan menyediakan setiap perancangan yang perlu dilakukan bagi mempersiapkan skuad TRW untuk menghadapi Liga Super 2017 yang dijangka bermula Januari nanti.

"saya harap dengan pengumuman ini terlerailah spekulasi mengenai siapa bakal menjadi jurulatih Kelantan," tambahnya.

Pelantikan bekas jurulatih MOF FC itu bagi menggantikan jawatan yang ditinggalkan Velizar Emilov Popov yang tidak menyambung kontraknya.
selepas musim 2016 berkahir.

Zahasmi pernah diangkat sebagai pemangku jurulatih selepas Mohd Azraai Khor Abdullah melepaskan jawatan jurulatih pasukan itu pada Julai tahun lalu.

Namun khidmat Zahasmi di Kota Bharu ketika itu tidak kekal lama selepas kekososngan ditinggalkan Mohd Azraai diisi oleh K Devan sebelum ia digantikan dengan kehadiran Popov.

 

Lihat Komen
ADS