Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Advertorial
Serlahkan ‘G’ Dalam Diri Anda dengan McDonald’s GCB
Diterbitkan:  Sep 20, 2013 5:19 PM
Dikemaskini: 9:20 AM

Serlahkan ‘G’ Dalam Diri Anda dengan McDonald’s GCBTM

Petaling Jaya, 20 September 2013 – Apakah maksud ‘G’ kepada anda? Bagi sesetengah orang, ia mungkin Glamor, Gaya, ‘Groovy’ atau Gempak, tetapi bagi peminat McDonald’s, ia bermakna GCBTM telah kembali! Penantian sudah berakhir dan kini, peminat GCB boleh menikmati isi paha ayam yang digril gempak, dipadankan dengan sos istimewa yang gemilang di atas salad segar yang anda gemar dan diapit roti bijan yang gebu.

"Sejak diperkenalkan 3 tahun lalu, GCBTM telah berjaya menarik begitu ramai peminat di kalangan rakyat Malaysia yang teruja menantikan kemunculannya di restoran-restoran kami. GCBTM yang menampilkan seketul paha ayam merupakan contoh terbaik penawaran menu unik yang sentiasa kami cipta di McDonald’s demi memastikan kepuasan pelanggan. Selain menawarkan makanan lazat yang dihasilkan daripada bahan-bahan berkualiti, kami juga komited terhadap isu Halal. Semua produk kami disahkan 100% Halal oleh JAKIM dan badan-badan pengiktirafan Halal lain yang disahkan oleh JAKIM,” kata Stephen Chew, Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia.

GCBTM kembali pada tahun ini dari 26 September di semua restoran McDonald’s untuk waktu yang terhad. Bagi memeriahkan kemunculan semulanya, 12 restoran McDonald’s yang terpilih akan hanya menjual GCBTM dari 19 hingga 25 September. Bermula 26 September di mana GCBTM akan ditawarkan di kesemua restoran-restoran McDonald’s, 12 restoran McDonald’s tersebut akan terus menjual GCBTM serta produk-produk lain dalam menu biasa.

Suatu peraduan foto di laman Facebook rasmi McDonald’s Malaysia akan bermula pada 26 September di mana para peserta boleh memenangi hidangan McDonald’s untuk 1 bulan, yang bermakna pemenang boleh menikmati hidangan percuma di McDonald’s selama 30 hari! Untuk maklumat lanjut bagi peraduan Facebook GCBTM McDonald’s Malaysia, layari www.facebook.com/My.McDonalds

McDonald’s GCBTM boleh didapati melalui menu a la carte serta sebagai hidangan G yang disertai Onion Rings dan G-McFizz.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

 

Robert Chan

Geometry Global

M:012.368.6078

E: [email protected]

 

Tentang McDonald’s

McDonald’s adalah rangkaian restoran perkhidmatan segera terkemuka dunia dengan lebih daripada 34,000 buah restoran di seluruh dunia dan berkhidmat untuk 69 juta pengguna setiap hari di 118 buah negara. Di Malaysia, McDonald’s menerima lebih daripada 13 juta pelanggan sebulan di 248 buah restorannya di seluruh negara. McDonald’s mempunyai seramai 12,000 kakitangan warganegara Malaysia di restoran-restorannya serta menyediakan peluang kerjaya, latihan dan perkembangan. Untuk maklumat lanjut mengenai McDonald’s, layari www.mcdonalds.com.my.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS