Minggu untuk Berkongsi dengan McDonald’s Prosperity Gives Back
Rakyat Malaysia diseru untuk berkongsi kemakmuran bersama golongan yang kurang bernasib baik sambil menikmati Hidangan Prosperity bersama keluarga dan rakan-rakan
Petaling Jaya, 9 Januari 2014 – Kempen McDonald’s ‘Prosperity Gives Back’, yang bertujuan untuk menyatukan pelbagai golongan masyarakat bagi tujuan kebajikan kini kembali dalam tahun keempatnya. Tahun ini, RM1 dari setiap Hidangan Prosperity yang dijual pada 18 dan 19 Januari di restoran-restoran McDonald’s akan didermakan kepada 70 buah rumah kebajikan di Malaysia.
Selain kempen hujung minggu ‘Prosperity Gives Back’, McDonald’s juga akan menyumbangkan derma sebanyak RM82,000 ke rumah-rumah kebajikan tempatan. Ini akan dicapai melalui aktiviti yang melibatkan para pelanggan di restoran-restoran McDonald’s yang terpilih. R adio cruisers telah memulakan kunjungan ke lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara dan akan meneruskannya sehingga 17 Januari 2014. Para pelanggan yang membeli 2 atau lebih Hidangan Prosperity dalam satu resit dan menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh radio cruisers tersebut dengan betul akan menerima Sampul Hadiah Prosperity yang mengandungi ‘wang janji’, yang kemudiannya boleh ditebus untuk wang tunai. Sejumlah RM82,000 dalam bentuk Sampul Hadiah Prosperity ditawarkan dalam kempen ini. Bagi setiap RM1 yang dimenangi oleh para pelanggan, McDonald’s akan mendermakan RM1 kepada rumah kebajikan yang sama – ini bermakna, lebih ramai yang menyertai aktiviti ini, lebih banyak sumbangan yang akan diterima oleh badan-badan kebajikan tersebut. Mereka yang berminat untuk mengambil bahagian boleh melihat jadual kedatangan radio cruisers di lokasi-lokasi terpilih di laman web www.mcdonalds.com.my
Satu lagi komponen kempen McDonald’s ‘Prosperity Gives Back’ ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk menghantar pesanan yang kreatif dan lucu di Facebook, Twitter dan Instagram untuk ditujukan kepada keluarga, rakan-rakan dan orang yang tersayang. Pesanan tersebut perlu menerangkan bagaimana mereka ingin berkongsi hidangan Prosperity bersama dengan penerima pesanan itu. Setiap pesanan juga perlu disertakan dengan hashtag #prosperitytogether dan dihantar bermula dari sekarang hingga 5 Februari 2014. Para peserta boleh melihat pesanan mereka di laman khas www.prosperitytogether.com.my Pesanan yang terbaik berpeluang untuk memenangi kejutan istimewa dari McDonald’s Malaysia.
“McDonald’s sememangnya komited dalam membantu golongan yang memerlukan dan ini dapat dilihat melalui kempen ‘Prosperity Gives Back’ yang kini dalam tahun keempatnya. Melalui kempen ini, kami menjemput rakyat Malaysia menyertai McDonald’s untuk berkongsi kemakmuran yang kita nikmati bersama golongan yang kurang bernasib baik. Kami berharap sumbangan yang diberikan akan membawa manfaat kepada 70 badan kebajikan tempatan yang telah dipilih untuk kempen tahun ini dan menjadikan kehidupan lebih baik bagi golongan yang memerlukan,” jelas Stephen Chew, Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia.
Prosperity Gives Back (PGB) tahun ini berkisarkan tema “Prosperity Together” atau “Kemakmuran Bersama”, yang diasaskan dari satu kebenaran bahawa individu dan masyarakat mampu bersatu, mengubah kehidupan dan mencipta masa depan yang lebih baik untuk golongan yang kurang bernasib baik. Kempen tahunan PGB ini bukan hanya bertujuan untuk membolehkan rakyat Malaysia membantu golongan yang kurang bernasib baik, malah menggalakkan mereka untuk memulakan tahun 2014 dengan positif dengan merapatkan hubungan bersama keluarga, rakan-rakan dan orang yang tersayang sambil berkongsi Hidangan Prosperity.
Dapatkan maklumat lanjut mengenai Kempen McDonald’s Prosperity Gives Back dan Burger Prosperity di www.McDonalds.com.my dan www.facebook.com/My.McDonalds
Tentang Burger Prosperity Mcdonald’s
Burger Prosperity McDonald’s adalah ciptaan Malaysia sepenuhnya yang dihasilkan di Malaysia untuk rakyat Malaysia yang gemarkan hidangan yang pedas dan memenuhi citarasa mereka. Sejak awal 1990-an, ia telah mencatatkan kejayaan yang besar sehingga negara-negara seperti Singapura dan Hong Kong telah mengikuti jejak langkah Malaysia dengan menghidangkan Burger Prosperity McDonald’s di restoran-restoran mereka kepada para peminat yang semakin bertambah di rantau ini.
Burger Prosperity McDonald’s boleh didapati dalam pilihan daging yang berjus dan ayam yang lembut, yang disaluti sos lada hitam beraroma, ditambah dengan hirisan bawang dan diapit di dalam roti bijan yang hangat. Lengkapkan Hidangan Prosperity anda dengan Kentang Goreng Twister yang lazat dan minuman Prosperity McFizz yang menyegarkan.
Tentang McDonald’s
McDonald’s adalah rangkaian restoran khidmat pantas terkemuka dunia dengan lebih daripada 33,000 buah restoran di seluruh dunia dan memberikan perkhidmatan kepada 68 juta pengguna setiap hari di 119 buah negara. Di Malaysia, McDonald’s menerima lebih daripada 13 juta pelanggan sebulan di 259 buah restorannya di seluruh negara. McDonald’s mempunyai seramai 12,000 kakitangan warganegara Malaysia di restoran-restorannya serta menyediakan peluang kerjaya, latihan dan perkembangan. Untuk maklumat lanjut mengenai McDonald’s, layari www.mcdonalds.com.my .

