Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF) menganggarkan bahawa lebih daripada 371 juta orang di seluruh dunia menghidapi diabetes pada tahun 2012, dan unjuran bahawa angka ini akan meningkat kepada  552 juta orang pada tahun 2030. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan menunjukkan 15 peratus daripada 2.6 juta penduduk rakyat Malaysia menghidapi diabetes.

Penyakit kardiovaskular (CVD) adalah komplikasi utama bagi diabetes dan punca utama kematian awal di kalangan pesakit diabetes

  • Golongan dewasa yang menghidapi diabetes adalah 2 hingga 4 kali lebih berkemungkinan untuk mempunyai penyakit jantung atau mengalami strok daripada orang tanpa diabetes.
  • Dua daripada tiga pesakit diabetes mati akibat  penyakit jantung atau strok.
  • Pesakit yang menghidapi diabetes bercenderung untuk mendapat penyakit jantung pada usia yang lebih muda daripada orang tanpa diabetes.
Paras Kolesterol Tinggi, Paras Glukosa Tinggi & Tekanan Darah Tinggi

Diabetes adalah faktor risiko utama bagi penyakit jantung. Namun, bagi individu yang tidak menghidap diabetes, anda juga perlu mengambil langkah pencegahan sejak awal kerana paras kolesterol, paras glukosa atau tekanan darah yang tinggi akan meningkatkan risiko anda untuk menghidapi penyakit jantung.

Risiko untuk menghidapi penyakit jantung akan meningkat jika anda mempunyai salah satu faktor risiko berikut:

  1. Paras glukosa darah: melebihi 5.6 mmol/L (berpuasa) atau melebihi 7.8 mmol/L (dua jam selepas makan).
  2. Paras jumlah kolesterol: melebihi 5.2 mmol/L atau paras LDL (tidak baik)-kolesterol melebihi 2.6 mmol/L.
  3. Tekanan darah: melebihi 130/80 mmHg.
Langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular:

  • Mempunyai berat badan yang sihat kerana berat badan berlebihan atau obes adalah faktor risiko untuk serangan jantung dan strok.
  • Menjalani sekurang-kurangnya 30 hingga 60 minit aktiviti fizikal/senaman.
  • Ambil makanan yang rendah dalam lemak tepu, lemak trans, kolesterol, garam (sodium), dan gula. Mengurangkan pengambilan daging merah dan memilih produk tenusu yang rendah dalam lemak atau tanpa lemak.
  • Ambil makan yang berkandungan tinggi dalam serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan kacang.
  • Berhenti merokok.
  • Ikut arahan doctor jika anda mengambil ubat-ubatan yang ditetapkan oleh doktor.

Pengurusan Diabetes dengan Oat Beta-Glukan

Oat, terutamanya bran oat, mempunyai serat larut air yang tinggi, serat ini dikenali sebagai beta -glukan. Manfaat kesihatan beta -glukan telah dikaji secara meluas dan antara manfaat yang  terkenal adalah membantu menurunkan paras kolesterol dengan itu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Bagi pesakit diabetes, pakar kesihatan menggalakan pesakit untuk menggabungkan beta-glukan daripada oat dalam diet mereka.

Agensi Keselamatan Makanan Eropah (EFSA) telah membuat kesimpulan bahawa pengambilan oat beta-glukan dapat menyumbang kepada pengurangan kenaikan paras glukosa selepas makan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH) juga meluluskan tuntutan kesihatan: " serat larut oat (beta-glukan) membantu dalam merendahkan peningkatan paras glukosa dalam darah, dengan syarat ia tidak dimakan bersama dengan makanan lain. "

Mekanisme oat beta-glukan untuk membantu dalam pengurusan diabetes termasuk:

  1. Beta-glukan daripada oat melambatkan peningkatan paras gula dalam darah selepas makan dengan melambatkan kadar pengosongan perut. Apabila beta-glukan daripada oat dicerna dalam badan kita, ia akan membentuk gel yang menjadikan kandungan perut dan usus kecil lebih likat. Melalui proses ini, jangka masa bagi penghadaman dan pengambilan karbohidrat ke dalam aliran darah akan menjadi lebih panjang.
  2. Tindak balas glisemik yang positif yang dihasilkan ketika pengambilan beta-glukan daripada oat telah terbukti meningkatkan sensitiviti insulin , yang dapat mencegah penyakit diabetes jenis kedua.
Kesimpulannya, pengambilan oat beta-glukan sebanyak 3-5g harian telah terbukti membantu mengawal gula dalam darah dan mengurangkan kolesterol tidak baik (LDL kolesterol) dengan berkesan. Amalkan gaya hidup yang sihat dengan menggabungkan beta-glukan ke dalam diet anda mulai hari ini.

Biogrow Oat BG22™ adalah diperbuat daripada serbuk bran oat yang diimport dari Sweden. Ambil 2 sudu (lebih kurang 18g) sehari, ia membekalkan lebih daripada 3g beta-glukan daripada oat untuk membantu mengurangkan kolesterol dengan lebih berkesan.

Kini, Biogrow Oat BG22™ boleh didapati dalam pek mudah yang mengandungi 30 paket (9g/paket) dan ini menjadikannya lebih mudah untuk orang yang sibuk untuk mendapatkan jumlah pengambilan beta-glukan daripada oat yang disyorkan iaitu 3g sehari bagi membantu mengurangkan paras kolesterol. Dengan mengambil 2 paket (lebih kurang 18g) sehari dengan air sejuk atau air suam untuk membantu mengurangkan kolesterol dengan cara yang semula jadi.

Artikel ini adalah sumbangan daripada Legosan (M) Sdn. Bhd. Untuk maklumat produk yang lebih lanjut, sila hubungi:

Talian Info: 03-7956 2220 (Isnin-Jumaat, 9am-5pm)

E-mel: info@biogrow.com.my

Laman Web: www.biogrow.com.my

Facebook: fb.biogrow.com.my