(Advertorial)
Kita selalu dengar kenyataan "Kesihatan adalah Kekayaan" sejak zaman kanak-kanak kita, tetapi tidak semuanya memahami maksud sebenar kenyataan ini. Arti harfiahnya ialah, tidak kira kekayaan dan kejayaan seseorang, kekal sihat merupakan perkara yang sangat penting supaya dia dapat menghargai kehidupannya dengan sepenuh.
Mempunyai jantung yang sihat melambangkan badan, minda dan jiwa yang sihat. Oleh itu, ia adalah penting untuk mengekalkan paras kolesterol yang sihat melalui pemakanan yang sihat bagi memastikan kesihatan jantung. Pengmbilan oat setiap hari akan membantu mencapai tiga peraturan emas yang berikut:
1. Pengambilan lemak dan kalori yang lebih kurang.
2. Pengambilan gula, garam dan lemak tepu (daripada makanan berasaskan haiwan) yang lebih kurang.
3. Meningkatkan pengambilan serat makanan daripada sumber bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Pilih produk bran oat yang mengandungi kandungan serat makanan yang tinggi, terutamanya serat larut beta-glukan. Kajian klinikal telah menunjukkan bahawa pengambilan 3g oat beta-glukan sehari boleh membantu mengurangkan paras kolesterol. Sejak tahun 1997, US FDA telah mengesahkan pengambilan 3g beta-glukan daripada bran oat, bersama dengan diet rendah dalam lemak tepu dan kolesterol dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
Bagaimanakah anda memilih produk bran oat yang terbaik dan berkesan? Gunakan kriteria pemilihan berikutnya sebagai garis panduan anda untuk memilih:
1. Pilih 100% serbuk bran oat. Pastikan produk yang tidak mengandungi bahan lain yang bukan daripada sumber oat dan bahan-bahan aditif.
2. Semak kandungan oat beta-glukan pada label . Berdasarkan Undang-undang Makanan Malaysia, jumlah maksimum oat beta-glukan yang dibenarkan dalam sesuatu produk makanan adalah hanya 20g dalam setiap 100g atau 20%. Pastikan hidangan harian bagi sesuatu produk dapat membekalkan sekurang-kurangnya 3g oat bet-glukan bagi kesan penurunan kolesterol yang optimum.
3. Kelarutan yang baik dan keupayaan membentuk gel di dalam air. Oat beta-glukan dengan berat molekul yang tinggi (≥ 2,200 kDa) 1 telah ditunjukkan mempunyai keupayaan untuk membentuk gel yang lebih likat dalam air. Hasil kajian menunjukkan bahawa kesan kilikatan yang terbentuk daripad oat beta-glukan adalah penting untuk penurunan paras kolesterol 1,2 .
4. Kesan penurunan kolesterol serbuk bran oat telah dibukti dengan kajian klinikal dan ujian manusia. Pastikan anda meminta maklumat tentang sumber serbuk bran oat dan memeriksa jika serbuk bran oat pernah digunakan sebagai bahan penyelidikan dalam kajian klinikal dan jurnal yang diterbitkan.
5. Semak kandungan karbohidrat pada label. Kandungan karbohidrat (monosakarida & kanji) yang tinggi tidak sesuai bagi individu yang mempunyai paras gula darah yang tinggi dan/atau individu yang mempunyai masalah berat badan yang berlebihan.
Biogrow Oat BG22 TM Serbuk Bran Oat adalah diperbuat sepenuhnya daripada serbuk bran oat yang diimport dari Sweden, kaya dengan beta-glukan daripada oat (20%) dengan berat molekul yang tinggi (≥ 2,200 kDa) 1 yang dapat memastikan pembentukan gel tebal dan likat dalam saluran pencernaan. Ambil 2 sudu/2 paket (≈ 18g) sehari membekalkan lebih daripada 3g oat beta-glukan. Campurkan 1 sudu/1 paket dengan 200ml air sejuk atau air suam dan minum sebelum makan. Jumlah beta-glukan yang disyorkan bagi kesan penurunan kolesterol ialah 3g sehari.
Kini, 3 g beta-glukan boleh didapati dalam bijirin rangup bran oat! Biogrow Oat BG22 TM Bijirin Rangup Bran Oat adalah bijirin berfungsi yang pertama di pasaran Malaysia . Biogrow Oat BG22 TM Bijirin Rangup Bran Oat berbentuk “hati” yang rangup dan lazat adalah diperbuat daripada bran oat yang terpilih dari Sweden. Ia dihasilkan sepenuhnya di Jerman dengan teknologi pemprosesan yang canggih. Hanya 1 paket (30g) sehari bagi membekalkan 3 g beta-glukan . Ia juga kaya dengan serat makanan (6.6 g per paket), protein, zat besi dan magnesium. Selain itu, satu paket Biogrow Oat BG22 TM Bijirin Rangup Bran Oat menyediakan hanya 102 Kalori (atau kcal), yang merupakan kira-kira 4% hingga 5% daripada keperluan tenaga harian orang dewasa (2000-2500 Kalori/hari). Ia boleh dimakan terus dari paket sebagai snek mudah antara waktu makan dan juga rasa sedap dengan minuman sejuk seperti susu, susu coklat, susu soya, jus buah-buahan atau tambahkan ke dalam yogurt anda. Air perlu diminum dengan banyak apabila mengambil makanan tinggi dalam kandungan serat. Ini dapat menggalakkan pembentukan gel dalam perut dan usus.
Artikel ini adalah sumbangan daripada Legosan (M) Sdn. Bhd. Untuk maklumat produk yang lebih lanjut, sila hubungi:
Talian Info: 03-7956 2220 (Isnin-Jumaat, 9am-5pm)
E-mel: [email protected]
Laman Web: www.biogrow.com.my
Facebook: fb.biogrow.com.my
