Songkran , perayaan tradisional bagi menyambut Tahun Baru Thai akan disambut  pada 13 hingga 15 April di seluruh negara. Kini, sudah tiba masanya untuk bergembira dan berhibur... untuk upacara keagamaan dan mendapat pahala... untuk keluarga dan kawan-kawan dan sudah tentunya masa untuk menyimbah air-- dan banyak lagi!

Pada musim cuti ini, ia semestinya satu acara yang sangat menyeronokkan. Pesta Songkran ini sudah semestinya turut merangkumi elemen kasih sayang dan perpaduan masayrakat Thai- satu elemen yang menjadikan Thailand sebuah negara yang mengagumkan.

Festival yang penuh keseronokan ini disambut dengan semangat yang luar biasa, diadakan di seluruh negara dan hanya setahun sekali. Di kebanyakan tempat di negara ini, Songkran disambut sehingga tiga hari.

Selain menandakan satu permulaan baru, Songkran juga merupakan masa untuk bersyukur. Ia juga merupakan masa yang penting bagi setiap individu untuk berbuat baik dan menunjukkan rasa keprihatinan masing-masing.

Malah, perayaan ini juga merupakan masa untuk mengingati bahawa dengan kemurahan hati dan mempunyai rasa belas kasihan, ia mampu membawa keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan. Songkran juga merupakan masa untuk berkumpul dan mengeratkan lagi hubungan seluruh ahli keluarga.

Kepentingan untuk mendasari perayaan Songkran ini merupakan proses pembersihan dan penghapusan- serta penyingkiran terhadap semua masalah, musibah dan kejahatan dengan memulakan Tahun Baru dengan melakukan semua perkara yang baik dan murni.  Malah, air juga merupakan simbolik kepada proses pembersihan dan melambangkan kesucian.

Tempat terbaik untuk menikmati Songkran: Bangkok, Chiang Mai, Pattaya, Phuket, Hat Yai (tempat untuk Songkran tengah malam)