SP1M Kini Lebih Mudah Untuk Mengejar Impian Sambil Bersedia Awal Untuk Persaraan
Mulakan Simpanan Persaraan Anda Dengan Hanya RM50
Mengejar impian adalah sesuatu yang amat memuaskan kerana kita semua mempunyai matlamat hidup masing-masing. Tidak kira siapa kita – seorang freelancer, peniaga, penyanyi, pelakon, jurulatih, ejen insurans, suri rumah dan sebagainya – kita semua ingin berjaya dalam hidup dan kejayaan itu termasuk keupayaan untuk bersara dengan ketenangan hati.
Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia direka khas untuk mendukung kejayaan anda supaya anda boleh membuat persiapan awal untuk persaraan mulai hari ini. Skim fleksibel ini sesuai untuk individu yang bekerja sendiri tanpa pendapatan tetap kerana salah satu ciri-cirinya yang membenarkan anda mencarum berdasarkan kemampuan anda.
Dengan Skim SP1M, anda boleh bermula serendah RM50 dengan setiap caruman. Memandangkan skim ini adalah sebahagian daripada simpanan ahli KWSP, maka anda boleh menggunakan simpanan ini menerusi prosedur dan syarat pengeluaran KWSP.
Menerusi Skim SP1M, anda boleh mempunyai ketenangan hati untuk terus mengejar impian anda di samping membina simpanan yang kukuh untuk persaraan di masa akan datang.
4 Manfaat Utama Menabung dengan SP1M
1. Fleksibiliti pencaruman berdasarkan kemampuan anda bermula daripada RM50
2. Perolehan dividen tahunan KWSP
3. Pengecualian cukai sehingga RM6,000 (insurans hayat)
4. Perolehan 10% sumbangan tambahan daripada kerajaan*
Permohonan adalah amat mudah
Daftar sebagai pencarum SP1M melalui dua cara berikut:
- Jika anda bukan ahli KWSP, daftar menerusi Borang KWSP3 disertai dengan salinan MyKad anda di kaunter KWSP.
- Jika anda adalah ahli KWSP, daftar menerusi Borang KWSP 16G(1M) yang boleh didapati di kaunter KWSP.
Selepas anda disahkan sebagai pencarum SP1M, bayaran caruman boleh dibuat pada bila-bila masa dengan mudah. Anda hanya perlu melengkapkan dan mengemukakan Borang KWSP 6A(2) dengan tunai atau cek di kaunter KWSP ataupun mana-mana ejen bank yang telah dilantik – RHB Bank, Maybank, Public Bank dan BSN. Begitu mudah sekali untuk membuat persiapan awal demi persaraan yang selesa.
"Begitu mudah sekali untuk membuat persiapan awal demi persaraan anda. Menerusi Skim SP1M, anda boleh mempunyai ketenangan hati untuk terus mengejar impian anda di samping membina simpanan yang kukuh untuk persaraan di masa akan datang. Untuk ketahui lebih lanjut, layari laman web KWSP atau hubungi pusat panggilan kami."
Layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Panggilan kami di 03-8922 6000
