Pasaran e-dagang di Malaysia berkembang kukuh dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Satu kajian Adobe mendapati Malaysia mempunyai kadar perkembangan kukuh dengan jumlah pengguna seramai 20 juta orang 1 . Pada masa sama, rakyat Malaysia terus mencari jalan bagi menjimatkan perbelanjaan harian mereka terutamanya apabila berhadapan dengan GST dan penyusutan nilai ringgit.

Gil Carmo, Ketua Pengurus Cashback Malaysia iaitu laman web pulangan tunai ShopBack Malaysia , berkata: “Pengguna Malaysia membeli dengan bijak, dan mereka arif dalam membandingkan harga. Sebagai pembeli online yang tegar, kami juga mendapati rebat tunai jauh lebih praktikal berbanding kredit atau mata program kesetiaan. Rebat tunai menyumbang terus kepada penjimatan, dan kami yakin pembeli Malaysia akan gemar menggunakan ShopBack untuk membeli dan berjimat.”

“Kami mahu menggalakkan rakyat Malaysia membeli secara online dengan memberi insentif Cashback setiap kali pengguna membeli di mana-mana laman web yang terdapat di laman kami. Pada masa ini kami bekerjasama dengan lebih daripada 500 e-peruncit antarabangsa dan tempatan seperti Lazada, Groupon, Agoda, Booking.com, AirAsiaGo, Qoo10, Taobao, dan Zalora.”

“Anda mungkin tidak percaya yang pembeli tempatan kami menebus lebih daripada RM4 juta pada 2015 sahaja, tanpa mengambil kira mereka yang belum mengeluarkan wang dari akaun ShopBack mereka,” kata Gil.

Menurutnya, pembeli selalu melawat laman web ShopBack untuk tawaran terbaik dan kod promosi eksklusif, terutamanya apabila jualan istimewa berlangsung.

“Contohnya, Lazada menyambut ulang tahun keempatnya (pada 15 ke 18 Mac) dengan diskaun sehingga 90%. Kami di sini menyokong kempen tersebut dengan memberi tambahan potongan kod promo sebanyak 9% dan Cashback sehingga 12% untuk pembeli ShopBack. Pembeli Malaysia semakin arif dengan harga dan kami mahu membantu mereka berjimat dengan cara mudah dengan memberi pulangan way tunai apabila membeli secara online,” kata Gil.

Orang ramai boleh mendaftar akaun percuma dan dapatkan Cashback dalam tiga langkah mudah – daftar/log masuk ke dalam akaun, pilih laman web kegemaran anda dan terus membeli di laman web berkenaan. ShopBack akan memaklumkan pengguna jumlah Cashback mereka menerusi emel dalam masa dua hari, dan wang itu boleh dipindahkan ke akaun bank tempatan atau akaun PayPal apabila ia boleh ditebus.

Pada masa ini, Malaysia adalah pasaran ulung di antara lima negara yang mempunyai operasi ShopBack. Kadar pertumbuhan pengguna Shopback setiap bulan adalah sebanyak 30% sejak ia bertapak di Malaysia pada Februari lalu. Untuk maklumat lanjut, sila lawati https://www.shopback.my atau Facebook www.facebook.com/shopbackmalaysia .


  1. http://www.marketing-interactive.com/e-commerce-next-big-boom-malaysia/