Majlis Rumah Terbuka Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor Tahun 2018

Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor Tahun 2018 yang akan diadakan seperti butiran berikut:-
Tarikh : 24hb. Februari 2018 (Sabtu)
Tempat : Dataran Petaling Jaya, Jalan Timur, Seksyen 52,
46200 Petaling Jaya, Selangor
Masa : 7.00malam – 10.30malam (Jamuan 8.00malam)
Sebagai makluman, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor telah berkenan untuk mencemar duli bagi menyempurnakan majlis ini. (Keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor dijangkakan pada jam 8.00 malam).
Majlis ini juga akan dihadiri oleh Y.A.B Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor & Isteri, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua – ketua Jabatan, wakil-wakil kedutaan dan seluruh warga Selangor. Anggaran tetamu yang akan hadir pada malam itu adalah seramai 11,000 ribu orang. Orang awam dijemput untuk hadir bagi memeriahkan lagi sambutan perayaan Tahun Baru Cina ini.
Y.B. Dato’ Teng Chang Khim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Negeri Selangor bersama Invest Selangor Berhad sekali lagi akan menjadi penganjur program sambutan perayaan ini yang menjadi antara acara yang terbesar yang dianjurkan di negeri Selangor pada tahun 2018. Majlis ini dianjurkan dengan kerjasama daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Tourism Selangor Sdn Bhd, Hijrah Selangor dan agensi-agensi serta jabatan-jabatan yang terlibat.
Pelbagai pengisian akan disediakan bersempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina seperti tradisi penyampaian sumbangan ‘ang pow’ kepada kanak-kanak yang berusia dibawah umur 12 tahun, persembahan kebudayaan dengan pengisian yang lebih menarik pada tahun ini, jamuan makan dan sebagainya.
Untuk kemudahan orang awam ke majlis ini, perkhidmatan Bas Percuma iaitu PJ City Bus turut disediakan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dari stesen terpilh ke lokasi Majlis Rumah Terbuka Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor Tahun 2018.
Untuk maklumat lanjut mengenai sambutan perayaan ini, sila hubungi pihak sekretariat: Encik Azrul Shah Mohamad / Puan Haslinda / Puan Maryani di talian telefon 03-55102005 atau emel azrul@investselangor.my / haslinda@investselangor.my / maryani@investselangor.my

