Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
Integrasi antara industri ICT & bioperubatan menjana momentum ekonomi untuk rawatan Taiwan
Diterbitkan:  Mar 19, 2020 10:10 AM
Dikemaskini: 2:34 AM

Era ini penuh potensi dengan “Internet of Things” (IoT) atau Internet untuk segalanya. Namun, ia juga penuh debaran dengan pelbagai epidemik. Dengan penularan wabak COVID-19 seluruh dunia, peranti perubatan yang inovatif yang dipacu oleh rawatan pintar mampu memainkan peranan penting. Data besar mudah alih boleh mengesan pergerakan manusia. Sistem automatik boleh digunakan untuk membasmi kuman, menghantar makanan dan merapatkan jurang dalam kapasiti pengeluaran. Platform pemantauan kesihatan menggunakan algoritma pembelajaran mesin untuk mengesan pelbagai penyakit berjangkit juga boleh menyediakan amaran awal untuk pelbagai wabak.

Menurut laporan BMI, saiz industri peranti perubatan di seluruh dunia akan meningkat daripada US$389.9 bilion pada tahun 2018 kepada US$490.2 bilion pada 2022, dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 5.9%. Selari dengan trend pembangunan teknologi inovatif seperti IoT, data besar, kecerdasan buatan atau “artificial intelligence” (AI), dan pembelajaran mesin, prospek pembangunan pasaran sangat menjanjikan. Selain daripada peningkatan pelaburan oleh syarikat-syarikat peranti perubatan, banyak perusahaan baharu dan teknologi juga telah menceburi pelaburan industri. Taiwan dengan pengalaman pembuatan yang kukuh harus memanfaatkan kecemerlangan ICT dan piawaian perubatan bertaraf dunia untuk membangunkan AI, data besar, kesihatan mudah alih dan teleperubatan, serta hospital pintar dengan asas data yang dibina oleh insurans kesihatan negara ke arah ketepatan, keperibadian, dan peralatan perubatan bernilai tinggi.

MEDICARE TAIWAN, Taiwanese Excellence Pavilion

Antaranya, AI dan data besar sedang dilaksanakan untuk analisis data imej dan diagnosis dan aplikasi baharu seperti “Non-Mydriatic Auto Fundus Camera” oleh Crystalvue Medical Corporation, sebuah syarikat yang memenangi Anugerah Kecemerlangan Taiwan. Kamera ini dijual kepada lebih daripada 40 buah negara di seluruh dunia dan berfungsi sebagai rujukan untuk diagnosis klinikal retinopati diabetes, degenerasi makula berkaitan dengan usia, glaukoma, dan luka-luka oftalmologi lain yang berkaitan. Melalui aplikasi digital, dari segi penjagaan kesihatan mudah alih dan teleperubatan, “Rightest Precision Healthcare Ecosystem” oleh Bionime mengumpul dan menganalisis data kesihatan melalui stesen kesihatan digital, dan menukar mereka kepada carta yang mudah untuk difahami. Perkhidmatan penjagaan jauh yng kuat ini boleh menguruskan kesihatan dan menyediakan penyelesaian professional sesuai di dalam rumah serta rawatan susulan di luar dan dalam hospital. Dari segi penjagaan kesihatan pintar, “Netown's Health Evaluation and Exercise Enhancement System” adalah yang pertama seumpamanya di Taiwan. Ia adalah sebuah mesin senaman dengan AI dengan sistem antara muka (interface) yang mudah dan tidak mengambil banyak ruang. Ia mengintegrasikan pemilaian kehilangan otot, koordinasi otot dan keseimbangan. Ia membantu warga emas dengan pengurusan kesihatan mereka dan mengurangkan risiko kecacatan.

Taiwan menjadi contoh kepada seluruh dunia dengan langkah-langkah menentang wabak coronavirus. Dalam usaha untuk menampilkan kelebihan kompetitif industri penjagaan kesihatan Taiwan di pentas dunia, selain dari publisiti digital, Taiwan Excellence menganjurkan lebih daripada 7 acara tempatan dan antarabangsa yang berkaitan sepanjang tahun ini. Antara pameran-pameran profesional adalah “Medical Taiwan” (Jun 11~ 13), “IDEM Singapore” (Jun 19-21), “AACC” (Julai 26-30), “AGExpo” (Ogos 20-23) dan “MEDICA Germany” (November 16-19). Taiwan Excellence dan pelbagai perusahaan yang memenangi anugerah bekerjasama untuk mempromosikan penjagaan kesihatan Taiwan di pasaran global.


Lihat Komen
ADS