Tesco akan melancarkan Scan & Shop di semua cawangan di seluruh negara
Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco) bersedia untuk melancarkan aplikasi Scan & Shop ke semua cawangannya dalam masa separuh pertama tahun ini, sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk menjadikan perkhidmatannya lebih mesra digital. Sehingga kini, 59 dari 60 cawangan Tesco telahpun dilengkapi dengan aplikasi Scan & Shop, manakala cawangan Tesco Extra Selayang pula akan mula menerima aplikasi ini mejelang bulan Jun 2020.
Aplikasi revolusioner ini, yang boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store dan App Store Apple membolehkan para pelanggan menjejaki perbelanjaan mereka secara segera kerana mereka boleh mengimbas barang-barang itu sendiri semasa membeli-belah di Tesco. Sebaik sahaja selesai, pelanggan boleh pergi terus ke Kaunter Layan Diri atau Kaunter Tunai, sediakan kod bar yang dihasilkan oleh aplikasi Scan & Shop dan bayar tanpa perlu mengeluarkan apa-apa barang dari bakul atau troli mereka.
Dalam memotong keperluan untuk mengeluarkan barangan dari bakul atau troli untuk di imbas juruwang, pelanggan dapat memotong waktu sebanyak satu minit dalam transaksi membeli-belah barangan rumah.

"Penyelidikan pasaran kami sendiri telah menunjukkan bahawa pelanggan mempunyai kehidupan yang sangat sibuk dan membeli-belah untuk keperluan harian telah menjadi tugasan yang tidak digemari. Kini, para pelanggan ingin mencari barangan yang mereka inginkan dan menyelesaikan perbelanjaan mereka secepat mungkin,” kata Pengarah Pelanggan Tesco, Vivian Yap. "Dengan penyediaan aplikasi Scan & Shop di cawangan kami, kami menawarkan kemudahan yang boleh mempercepatkan tugasan beli-belah kepada pelanggan kami."
Aplikasi Scan & Shop juga memberi manfaat penjimatan wang kepada pelanggan kerana aplikasi ini membolehkan mereka menjejaki jumlah nilai barangan rumah dalam bakul atau troli mereka sebelum membuat pembelian.
"Salah satu objektif utama kami di Tesco adalah membantu pelanggan menguruskan kos sara hidup mereka. Kami telah melakukan dan masih melakukan ini dengan memastikan harga ayam Halal kami kekal rata pada RM5.99 setiap kilo sejak Ogos 2016 dan rangkaian Tesco Own Brand kami adalah secara purata 10 peratus lebih murah daripada jenama nasional," kata Vivian. "Scan & Shop pula membolehkan pelanggan melihat dan menentukan jumlah nilai barangan di dalam bakul atau troli mereka menerusi aplikasi, sebelum membuat pembelian mereka."
Dalam menyahut panggilan kerajaan ke arah pembentukan masyarakat tanpa tunai, semua cawangan Tesco juga menerima kad debit dan kredit serta tujuh e-wallet berbeza iaitu AliPay, Boost, GoodKredit, GrabPay, Kiple, Mcash dan TnG Digital.

"Dengan membolehkan pelanggan mengimbas barangan mereka sendiri dan membayar melalui pembayaran pilihan mereka menggunakan aplikasi Scan & Shop, kami berharap untuk mengurangkan masa dan kesesakan di cawangan-cawangan kami terutamanya pada waktu puncak," Vivian berkta, sambil menambah bahawa semua cawangan Tesco di masa hadapan akan dilengkapi dengan aplikasi Scan & Shop juga.
Data Bank Negara Malaysia menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai kadar penembusan internet sebanyak 86 peratus dan kadar penembusan telefon mudah alih sebanyak 64 peratus, pada suku ketiga 2019. Ini diterjemahkan kepada kesediaan yang lebih tinggi untuk pelanggan-pelanggan membayar melalui e-wallet apabila dibandingkan dengan pembayaran tunai.

