Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
Tesco berusaha mengisi 600 peluang pekerjaan di rantaian bekalan
Diterbitkan:  Apr 8, 2020 11:36 AM
Dikemaskini: 3:36 AM

Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd sedang berusaha mengisi lebih 600 peluang pekerjaan di dalam rantaian bekalannya, supaya dapat memenuhi kenaikan permintaan mendadak yang disebabkan pandemik Covid-19 dan juga sambutan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitiri yang akan datang.

"Pandemik COVID-19 telah menyebabkan peningkatan mendadak dalam permintaan untuk produk makanan dan keperluan rumah. Di Tesco, kami bekerja sepanjang masa untuk membantu memastikan para pelanggan mempunyai akses kepada barangan membeli-belah yang mereka perlukan. Untuk membantu kami menyahut permintaan yang mendadak ini, kami mengambil 600 pekerja baharu untuk bekerja di cawangan-cawangan kami,” kata Ketua Sumber Manusia Tesco, Alvin Low.

“Rakan sekerja baru akan ditempatkan di seluruh 60 cawangan kami di seluruh negara, serta perkhidmatan penghantaran atas talian kami, Tesco Online. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, terdapat peningkatan pesanan yang tinggi melalui Tesco Online dan kami memerlukan semua bantuan yang kami boleh untuk memberi perkhidmatan yang sebaik mungkin kepada pelanggan.”

Alvin juga menyatakan bahawa dengan pekerja-pekerja baharu, rakan-rakan sekerja Tesco yang sedia ada akan dapat berehat secukupnya dan mencapai keseimbangan kehidupan dan kerja yang lebih baik pada masa yang mencabar ini.

Rakyat Malaysia berumur 18 hingga 60 tahun, dengan minimum Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) boleh memohon. Bagi membuka peluang kepada semua yang memerlukan, Tesco juga mengalu-alukan mereka yang kurang upaya untuk memohon. Kekosongan yang ada termasuklah Rakan Sekerja Cawangan, Juruwang, Picker dan Penghantar untuk Tesco Online. Tiada pengalaman terdahulu diperlukan untuk jawatan sepenuh masa, sementara dan separuh masa di Tesco.

“Kami melancarkan kempen pengisian peluang pekerjaan kira-kira dua minggu lalu, dan sejak itu kami menerima beberapa permohonan. Kami berharap lebih banyak akan tampil ke hadapan untuk menyertai kami tidak lama lagi kerana kami telah menyelaraskan sistem pengambilan pekerja kami. Temuduga juga dilakukan melalui telefon agar calon tidak perlu melanggar PKP,” kata Alvin.

Mereka yang berminat boleh menghantar e-mel kepada mereka [email protected], hubungi Talian Perkhidmatan Pelanggan di 1300-13-1313. Jika calon yang berminat tidak mempunyai akses kepada e-mel atau telefon, mereka boleh pergi ke mana-mana cawangan Tesco terdekat untuk meminta borang permohonan.

Untuk memastikan semua rakan sekerja sentiasa selamat, Tesco telah melaksanakan pelbagai langkah pencegahan termasuk pemeriksaan suhu badan setiap hari sebelum kerja, menyediakan topeng muka dan sabun pembasuh tangan. Perlindungan insurans juga diberikan untuk pekerja yang bekerja sepenuh masa.

Lihat Komen
ADS