Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
Kenyataan Media Oleh Dato’ Teng Chang Khim, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Selangor
Diterbitkan:  Apr 21, 2020 3:20 PM
Dikemaskini: 7:20 AM

Selangor menjadi juara dua bidang dan mengekalkan kedudukannya sebagai destinasi palaburan Malaysia yang paling menarik dan terunggul pada tahun 2019.

Perangkaan terkini yang diumumkan oleh Kementerian Perdangangan dan Perindustrian Antarabangsa hari semalam menunjukkan Selangor menduduki tempat pertama dengan memperolehi RM47.8 bilion dalam jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan, meninggalkan jurang besar sejumlah RM14.1 bilion berbanding dengan negeri berkedudukan kedua.

Dalam sektor pembuatan, Selangor juga memperolehi jumlah pelaburan yang diluluskan yang tertinggi di Malaysia iaitu RM17 bilion, menghampiri jumlah rekod tertinggi dalam 25 tahun yang diperolehinya pada 2018, iaitu RM18.9 bilion.

Kerajaan Negeri Selangor melalui agensi penggalakan pelaburannya, Invest Selangor, akan terus dengan usaha yang inovatif dan proaktif mempromosikan Selangor sebagai destinasi pelaburan yang terunggul untuk pelabur asing dan tempatan.

Sebagai sebahagian daripada perancangan strategik, kerajaan negeri sedang dalam proses berkolaberasi dengan sektor swasta untuk membangunkan taman industri khas untuk industri yang strategik dan bernilai tinggi.

Selaku penyumbang utama kepada KDNK negara, 23.7% dalam 2017, Selangor juga akan mempergiatkan usaha untuk memperkukuhkan sektor perkhidmatan yang menyumbang 60% kepada KDNK Selangor dengan menjalankan projek usahasama besar-besaran yang akan diumumkan kemudian.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS