Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
Kempen Selangor E-Bazar Raya selama dua bulan bakal membantu 5,000 usahawan Selangor dan menjana jualan RM8 juta
Diterbitkan:  May 6, 2020 10:15 AM
Dikemaskini: 2:18 AM

Demi memulihkan ekonomi ketika penularan wabak Covid-19, kerajaan Selangor dan platform e-dagang Shopee menyasarkan untuk menyokong 5,000 usahawan Selangor dalam menjana jualan RM8 juta dalam dua bulan ini melalui kempen Selangor E-Bazar Raya. Memandangkan agenda utama kerajaan Selangor adalah untuk mendorong digitalisasi PKS dan perniagaan mikro di Negeri ini, 5,000 perniagaan tersebut terdiri daripada 3,000 penjual atas talian yang baharu.

Hanya dalam dua minggu sejak program ini pertama kali diumumkan, kempen ini telah memberi manfaat kepada 2,000 perniagaan dan menyaksikan pendaftaran 1,500 PKS konvensional untuk menjadi penjual atas talian baharu dalam kempen Selangor E-Bazar Raya.

Penjual-penjual ini akan diketengahkan dalam laman mikro yang direka khas untuk Selangor E-Bazar Raya, yang dimulakan hari ini oleh kerajaan Selangor dan Shopee. Laman mikro ini akan membolehkan pengguna mengakses sekitar 900,000 produk daripada pelbagai jenis juadah Raya, perkakas rumah, baju Raya dan banyak lagi dari Mei hingga Jun 2020. Produk dalam laman mikro ini berbeza setiap minggu bagi memperkenalkan barangan dan penjual baharu, seterusnya memastikan laman ini kekal menarik.

Inisiatif selama dua bulan ini bertujuan mengurangkan kesan ekonomi akibat wabak Covid-19. Inisiatif ini akan membantu usahawan tempatan yang terjejas dari segi perniagaan dan pendapatan oleh wabak ini dengan membawa produk mereka atas talian dan mendorong penjualan melalui usaha pemasaran. Perkara ini seterusnya akan menjana pendapatan bagi para peniaga terutamanya pada musim perayaan ini. Pada masa yang sama, bazar Ramadan atas talian ini akan mendorong orang ramai untuk terus kekal di rumah dengan menawarkan kemudahan, kebolehcapaian dan harga mampu milik bagi barang-barang persediaan untuk Sahur, Buka Puasa dan Hari Raya ketika Negeri ini meneruskan usaha bagi meratakan lengkung penularan.

Menerusi kempen Selangor E-Bazar Raya, kerajaan Selangor menyasarkan untuk menghasilkan sekurang-kurangnya RM8 juta jualan bagi penjual yang menyertai kempen ini. Ini akan mewakili pulangan 8X daripada RM1 juta yang telah dilabur dalam bentuk baucar Shopee untuk meningkatkan perniagaan dan pendedahan di platform tersebut. Bagi membantu kerajaan Selangor mencapai matlamat ini, Shopee akan memberikan sokongan bernilai RM1 juta kepada penjual dalam bentuk alat pemasaran termasuk penstriman langsung, Jualan Kilat Shocking Sale, dan penghantaran percuma RM19 (untuk penjual baharu di bawah Pakej Bantuan Peniaga Shopee). Shopee juga akan memberikan latihan percuma secara berterusan melalui Shopee University kepada semua peniaga Selangor dalam program ini bagi memastikan mereka mengikuti perkembangan semasa dan dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan yang tepat untuk mengembangkan perniagaan atas talian mereka.

YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor berkata, “Saya berasa bangga kerana laman mikro Selangor E-Bazar Raya kini telah tiba dan berharap kerjasama dengan Shopee dapat membantu PKS dan peniaga mikro kita. Kami telah mengumpul dan menerima maklum balas yang amat positif daripada pihak yang terlibat. Para pengguna berasa teruja dengan prospek untuk mendapatkan keperluan Ramadan dan Hari Raya dari satu lokasi utama dan perniagaan-perniagaan mendapati bahawa ia mudah untuk beralih ke atas talian dengan bantuan dan bimbingan daripada Shopee. Kami juga dimaklumkan bahawa proses untuk mengendalikan kedai mereka di Shopee amat mudah. Kami berharap lebih banyak pemilik perniagaan di Selangor akan mengambil peluang yang kami telah sediakan untuk mereka."

Tan Ming Kit, Ketua Kluster Barangan Pengguna Bergerak Pantas (FMCG) Shopee Malaysia menambah, "Pandemik Covid-19 merupakan sesuatu yang tidak dijangka oleh sesiapa; namun, kami sentiasa bersifat tangkas dan mampu menyesuaikan diri dengan situasi ketika kami memenuhi keperluan rakyat Malaysia dan pengguna kami di seluruh negara. Kami mendengar tentang perkara yang diperlukan oleh perniagaan serta pengguna dan menukar pemahaman kami menjadi strategi yang dilaksanakan dengan baik demi membantu negara mengatasi pandemik ini. Kempen Selangor E-Bazar Raya adalah salah satu inisiatif di mana kami membawa bazar Ramadan yang amat digemari ke alam digital, memperkasakan PKS dan peniaga mikro melalui alat digital dan platform untuk meneruskan perniagaan mereka. Selain itu, kerjasama Shopee dengan Negeri ini juga bertujuan bagi memberikan Raya yang bermakna kepada semua."

Mereka yang berminat untuk menyertai kempen Selangor E-Bazar Raya di Shopee boleh mendaftar di pautan ini secara percuma: http://tiny.cc/selangorebazar

Untuk membeli-belah keperluan Ramadan dan Hari Raya anda: https://shopee.com.my/m/selangor-E-Bazar-raya

Lihat Komen
ADS