Secara umumnya, kehidupan pastinya akan menjadi lebih bermakna jika anda melihatnya melalui jendela yang luas dan dikelilingi ahli keluarga serta rakan-rakan tersayang. Dengan berkongsi pengalaman sesama sendiri dalam kehidupan seharian, sudah tentunya ini dapat membentuk sebuah fabrik kehidupan perbandaran yang kekal erat sepanjang masa.
Prinsip pembangunan Gamuda Land menitikberatkan perancangan prihatin untuk mewujudkan sebuah bandar lestari. twentyfive.7 di Kota Kemuning yang mengamalkan prinsip ini menerapkan seni penempatan melalui ruang komuniti untuk menjalin hubungan silaturahim yang kuat di antara komuniti.

Alami sebuah kehidupan perbandaran ceria
Dilancarkan pada tahun 2017, perbandaran ini menyediakan suasana kehidupan ceria di tepi tasik. Unit kediaman di twentyfive.7 terdiri dari rangkaian rumah pautan, semi-D dan pangsapuri servis, dan kehidupan di sini boleh dicirikan sebagai indah serta meriah kerana adanya elemen riadah dan ruang terbuka seperti The Buzz.ar.
Sebagai satu tempat untuk meluangkan masa lapang, makan dan beristirahat berdekatan rumah, The Buzz.ar adalah tempat yang paling sesuai. Lengkap dengan pelbagai fasiliti dan ruang lapang, lanskap pemandangan air yang unik serta sudut permainan interaktif, The Buzz.ar menjadi pemangkin keceriaan bandar twentyfive.7. Pengunjung ke The Buzz.ar boleh mencuba pastri enak Perancis di Marc et Farid Patisserie sambil memanjakan haiwan kesayangan mereka di pusat jagaan haiwan FURIIstyle. Setelah itu, penduduk juga boleh menikmati keindahan keliling perbandaran dengan basikal sewaan Cykel and Cyclist.
Keseronokan tidak terhenti di twentyfive.7 dan ianya tidak terhad kepada manusia sahaja! Perbandaran ini juga mempunyai satu-satunya taman mesra haiwan peliharaan di Kota Kemuning, yang terletak di keliling trek basikal dan jogging The Loop. Trek sejauh 3km tersebut dibina untuk memastikan para penduduk boleh mengabdikan detik-detik penting bersama haiwan kesayangan mereka.
Tumpuan kesemua elemen ini adalah The Lake, sebuah pemandangan air yang pasti memukau semua yang melihatnya. Menampilkan air pancut muzikal pertama di Kota Kemuning, Aurora Rhythms, tasik seluas 8 ekar ini menyediakan lebih banyak ruang riadah untuk aktiviti seperti berperahu dayung, berkayak dan zorbing air!
Bagi peminat bola sepak pula, terdapat Footballhub, sebuah padang bola berpiawai FIFA. Dikendalikan oleh Football Talent Asia (FTA) Academy, Footballhub sering menjadi tuan rumah kepada liga bola sepak komuniti dan kelas bola sepak untuk si cilik.

Segalanya ada di Quayside Mall
Sudah tentunya terdapat banyak cara untuk meluangkan masa di twentyfive.7, dan ini kian bertambah bila Quayside Mall dibuka pada akhir tahun ini. Terletak di hadapan The Lake, Quayside Mall merupakan pusat membeli belah yang menggabungkan kemudahan membeli-belah dengan ruang interaktif yang mendorong interaksi masyarakat.
Penghuni Kota Kemuning dan jiran bandar-bandar berdekatan tidak perlu lagi berjauhan untuk menikmati panggung wayang ataupun aktiviti-aktiviti lain kerana Quayside Mall ada segalanya! Pusat membeli-belah ini turut menempatkan sebuah Pawagam MBO berkeluasan 45,000 kaki persegi yang pertama di sekitar kawasan ini.
Untuk memastikan sebuah pengalaman holistik untuk masyarakat setempat, para peniaga dalam Quayside Mall dipilih dengan teliti untuk memberikan keseimbangan di antara keseronokan dan kegunaan praktikal. Quayside Mall juga menawarkan pelbagai ruang kedai untuk perniagaan seperti Jaya Grocer, Harvey Norman dan Karaoke Manekineko, salah satu rangkaian karaoke utama Jepun. Selain itu, pusat membeli-belah ini juga mengandungi “Vertical Urban Farm” organik yang pertama dalam sebuah pusat membeli-belah, sekaligus membawa definisi baharu untuk sebuah tempat membeli-belah yang berfokuskan komuniti.
Pernahkah anda ingin berbasikal ke pusat membeli-belah, membeli senarai barangan dan kemudian berbasikal pulang ke rumah tanpa menghadapi masalah meletak kenderaan? Ini adalah pengalaman yang anda boleh menikmati di sini! Jelasnya, Quayside Mall yang bertemakan ‘Kurator Komuniti’ adalah sebuah hab gaya hidup komuniti yang dihubungi dengan keseluruhan perbandaran tersebut melalui rangkaian laluan pejalan kaki yang juga mesra basikal.
Kehidupan di twentyfive.7
Meriah dan mengujakan adalah kata-kata paling tepat menggambarkan suasana di bandar ini. Namun, kepentingan memiliki kediaman peribadi juga perlu diutamakan. Dalam aspek ini, twentyfive.7 menawarkan pelbagai kediaman dari unit rumah atas tanah yang luas hinggalah ke pangsapuri, sesuai dengan keperluan penduduk berseorangan, berpasangan mahupun untuk seisi keluarga.
Tawaran menarik menanti
Dengan apa yang sedia ada dan lebih banyak yang akan datang, sudah tentunya anda mahu menjadi sebahagian dari twentyfive.7. Ini adalah masa yang paling sesuai kerana Gamuda Land kini menawarkan pelbagai promosi menarik untuk menyenangkan lagi pengalaman membeli rumah anda. Insentif penjimatan tambahan sehingga RM 11,000, baucar pusat membeli belah Quayside Mall bernilai sehingga RM 6,888, keahlian gim percuma dan juga pulangan tunai sehingga RM 63,888 bakal diberi pada setiap penghuni di bandar ini.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman https://glonlinedeals.gamudaland.com.my, atau hubungi 03-2787 7917.e
